12 February 2012

Hubby sungguh teruja...

Perjalanan PhD bukan semudah yang digambarkan... semuanya bergantung kepada rezeki. Satu lagi dari permerhatian Zie PhD ni banyak bergantung kepada bantuan penyelia (SV). Sekiranya SV memberikan kerjasama yang baik maka perjalanan PhD akan menjadi lancar. Rata2 yang Zie dengar tak ramai yang dapat habiskan PhD dalam masa 3 tahun. Kebanyakannya 3 tahun setengah atau 4 tahun malah ada yang sampai 5 tahun atau lebih. Tetapi jika rezeki dipemudahkan dalam masa 2 tahun setengah pun PhD boleh dihabiskan dengan syarat SV memberi kerjasama 100%.  1 dalam 1000 kot yang dapat melakukannya... salah seorangnya member hubby ni yang dikenali sebagai Rahim Best. Beliau dapat menghabiskan PhDnya dalam masa 2 tahun setengah. Hubby sangat teruja apabila mendapat tahu kawannya yang sorang ini dapat menghabiskan PhD dalam masa yang lebih awal dari masa yang sepatutnya.

Zie selalu mendoakan hubby supaya segala urusannya dipermudahkan... semoga urusan PhD hubby  berjalan lancar dan dapat dihabiskan dalam masa yang telah ditetapkan. InsyaAllah selain berusaha kite bertawakkal kepada Allah. Good Luck abang!.

No comments:

Post a Comment