15 November 2011

Chicken Chop II


Kalau masa di Malaysia dulu Zie reti makan aje chicken chop ni... nak buat memang tak kuasa. Malah tak terlintas langsung nak membuatnya sendiri. Tapi jangan tak percaya Zie pernah attend kelas masak untuk belajar buat chicken chop and steak tapi setakat belajar aje... tak pernah try buat pun di rumah. Kalau terasa nak makan den boli aje kat kedai sonangggg... hehehe... Lepas ni kalau baik Malaysia mintak2 lah semangat memasak ni sentiasa ada dalam diriku ini. Ye ke? kite tunggu dan lihat aje.

Buat pengetahuan semua kalau kite dah jumpa resepi yang betul2 sedap memang puashati kalau buat sendiri aje. Save sikit kan... dengar cite barang2 di Malaysia semua dah naik harga, termasuk harga ayam. Siap ada yang cakap kalau bawak duit RM50 ke pasar malam macam takde nilai... dapat beli barang sikit aje. Sudah tentu chicken chop pun mahal mau RM20 atau lebih sepinggan kot. Masa zaman Zie makan dulu pun harga sepinggan dah berbelas2 hinggit. So lepas ni tak payah beli2 dah... buat je sendiri kat rumah (itu pun kalau rajin hehehe...).

Ada yang mintak resepi chicken chop yang Zie pernah buat ni... Kalau ikutkan macam2 resepi ada tapi macam biase lah Zie suka resepi yang simple dan bahannya tak rumit. Dan yang paling penting sodappppp... kepada yang nak cuba buat sendiri boleh follow resepi ni...


Bahan2:
3 keping dada ayam
Kentang goreng/kentang putar
Daun salad
Tomato
Coleslaw
Jagung rebus (kalau ada)

Bahan perap:
1 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil cili kisar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak

Cara membuatnya:
1. Gaul ayam dengan bahan perapan dan perap selama 2 atau 3 jam (lagi lama lagi sedap).
2. Goreng ayam yang telah diperap (kalau rajin sebelum goreng boleh salut telur dengan breadcrum).
3. Susunkan semua bahan dalam pinggan dan boleh dimakan dengan sos lada hitam.

Sos untuk dimakan dengan chicken chop ni kalau ikutkan macam2 jenis sos ada seperti sos cendawan, sos rempah dan sos lada hitam. Zie dan famili lebih suka makan dengan sos lada hitam. Resepi sos lada hitam ni pun simple dan senang je untuk disediakan.

Bahan2 sos lada hitam:

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 sudu besar serbuk lada hitam (nak pedas boleh tambah)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan ayam/daging
1 sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah)
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris dadu.
2. Masukkan air rebusan ayam/daging.
3. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, sos tomato, kicap dan bancuhan tepung jagung.
4. Masukkkan garam dan gula secukupnya.

*kepekatan ikut suka.

So dah siap... senangkan, apa lagi boleh la try buat lepas ni. Selamat mencuba!!!...


No comments:

Post a Comment