Dari tahun lepas lagi kami plan nak memetik strawberi. Tapi memandangkan cuaca yang tak mengizinkan kami tak jadi pergi tahun lepas. Tapi kali ni kami berkesempatan pergi memetik strawberi di Beerenberg Farm, Hanhdorf. Memang excited betul, maklum la aku tak pernah memetik strawberi. Malah di Malaysia pun ramai yang merasa memetik strawberi di Cameron Highlands, tapi kami tak pernah berkesempatan lagi ke sana. Sebenarnya aku banyak ketinggalan compare dengan orang lain kalau bab2 bercuti atau makan angin ni.
Cukup la 2 kg je... untuk memetik strawberi ni orang dewasa dikenakan bayaran $3 seorang dan kanak2 di bawah 14 tahun percuma. Sambil memetik tu kite boleh makan sepuas2nya kalau nak. Tapi nak makan setakat mana sangat... makan banyak2 nanti sakit perut pulak. Untuk buah yang nak dibawa balik harga $9 sekilo. Cukup 2 kg je... ini pun tak tahu berapa lama boleh dihabiskan. Tapi memang rasa best pulak petik strawberi ni... rasanya tahun depan nak datang lagi la...
No comments:
Post a Comment