Hari ni kami buat makan sikit... just nak jemput kawan2 yang akan balik for good dan kawan yang baru sampai di Adelaide. Kalau ikutkan ramai yang akan balik tahun ni tapi kami jemput berperingkat2 dan yang kenal je. InsyaAllah ada rezeki kami akan jemput yang lain2 pulak datang makan. Kali ni aku buat nasi beriani je.
Kami jemput Awan yang akan balik for good pada 30 April ni. Awan satu depatment dan sama SV dengan hubby. Walaupun tak settle sepenuhnya lagi tapi boleh dah rasanya nak ucapkan cogratulations pada Awan dan selamat pulang ke Malaysia serta selamat kembali bertugas di UUM. Hubby mesti sunyi sebab Awan dah nak balik, kalau tidak mereka berdua masing2 selalu berkongsi masalah PhD dan SV mereka. Hubby cakap lepas ni takde lah orang yang akan ajak minum atau kuar jalan2 masa tension belajar. Takpa patah tumbuh hilang berganti. Awan siap cakap kami adalah kawan di dunia dan di akhirat. Semoga persahabatan kite akan terus berkekalan.
Ayu Hairol pun akan balik for good jugak pada bulan Julai ni. Hairol akan tamat pengajian masternya tak lama lagi. Kami dah banyak kali ke rumah mereka. Kali ni baru berkesempatan nak jemput mereka datang makan di rumah. Sebelum ni mereka pernah singgah dan minum air sekejap je. Tahniah jugak kepada mereka sebab bakal menimbang cahaya mata yang keempat. Ayu harap2 sangat agar kali ni dia akan dapat baby girl sebab yang sebelum2 ni semuanya hero. InsyaAllah Kak Zie doakan Ayu akan dapat baby girl. Ayu salah sorang kawan baik aku kat sini. Aku mula2 kenal dengan Ayu masa di rumah lama Kak Shidah, masa tu Kak Shidah jemput makan. Ayu lah orang pertama yang tegur aku masa di rumah Kak Shidah dan Ayu lah salah seorang orang yang terawal aku kenal selain Gina dan Najwa di sini. Nice to meet you and dont forget we must always keep in touch.
Kami jemput Izah dan famili. Izah dan Yasir baru sampai sini... lebih kurang 2 bulan. Izah yang further study, PhD in cemotraphy kalau tak silap. Izah ni lecturer UITM. Suaminya akan pulang ke Malaysia sebab nak uruskan perniagaan interior designnya di Shah Alam. Lepas ni Izah yang akan handle anak2 kat sini. Bagus betul la... kalau aku tak sanggup, kalau di Malaysia maybe ok sebab ada famili yang lain. Masa Izah ke Uni. aku yang akan mengasuh anaknya Yasmin, berumur 2 tahun. Suami Izah akan datang on and of. Harap2 Izah ok dan kalau ada apa2 masalah beritahu lah pada kami. InsyaAllah kami akan tolong setakat yang termampu.
Kami jugak jemput Hisham dan Syifa... dia orang dah kat sini lebih kurang 3 bulan. Aku tak berapa kenal sangat dengan mereka sebab jarang jumpa. Takpa lepas ni kite boleh kenal2 lagi.
Terima kasih kepada semua yang sudi datang, maaf kiranya ada sebarang kekurangan. Yang nak balik diucapkan selamat pulang ke tanah air dan yang baru sampai welcome to Adelaide dan salam perkenalan.
No comments:
Post a Comment