Pada 24 dan 25 April nanti merupakan hari sambutan Easter di sini. Sempena sambutan itu kelas Aqil membuat Easter Egg. Easter Egg adalah salah satu simbol Easter selain daripada arnab. Telur dan arnab dikatakan sebagai simbol kesuburan dan kehidupan baru. Telur dan arnab telah dikaitkan dengan adat dan tradisi sambutan Easter sejak berkurun-kurun lamanya. Patut la di shopping mall banyak jual coklat bentuk telur dan arnab. Berkenan jugak aku tengok... sebab cantik2 dan menarik je warna2nya. Yaya dah beli hari tu sebab berkenan tengok coklat bentuk arnab.
Aku pun tak berapa tahu sangat pasal Easter ni... Kalau nak tahu peristiwa dan sejarah Easter ni kena la search dalam internet... tengok la kalau rajin nak jugak tahu kisah sebenarnya. Sekadar ingin tahu...

No comments:
Post a Comment