Selepas ke Hahndorf kami memetik epal pulak di Summertown. Besar jugak ladang epal ni... macam2 jenis buah epal ada kat sini. Aku pun tak tahu jenis mana yang betul2 sedap. Untuk memetik epal di sini kami tidak dikenakan apa2 bayaran. Dan masa memetiknya kami boleh makan sepuas2nya... cuma bayaran yang dikenakan ialah bagi buah epal yang kite hendak bawa balik je, iaitu harganya $1.20 sekilo.
Epal hijau ini. First time dalam hidup aku tengok pokok epal. Selama ni yang aku tahu cuma buahnya aje... pokoknya agak rendah, rendang dan berbuah lebat. Kalau nak disamakan lebih kurang macam pokok apa yer? entah la... tiada kot sebab pokok epal ni buahnya lebat dan meleret sampai ke tanah. Kadang2 nampak banyak buah daripada daun. Geram je tengok buahnya yang banyak... rasa nak petik banyak2...
Tengok tu masing2 bawak baldi nak memetik buah epal. Maklum la Aqil dan Yaya pun tak pernah tengok pokok epal, so masing2 macam excited nak memetik epal.
Lebat betul pokok epal ni... tak tahu nak mula petik kat mana. Buahnya yang merah rasa nak petik semua. Tapi aku bukannya suka sangat makan epal. Kadang2 yang beli pun tak termakan, kadang tu buruk macam tu aje.
Tengok ni Aqil dan Yaya makan epal yang masih fresh, yang baru dipetik mesti sedapkan? sambil petik, sambil makan. Tapi Aqil dan Yaya pun tak berapa suka sangat makan epal ni. Kadang2 bawa bekal ke sekolah banyak tu, dan banyak tu la pulak dibawa baliknya semula. Tapi ada time jugak mereka suka makan. Tengok mood jugak kot... takpa hari ni dapat makan epal yang fresh. Makan la setakat yang nak... free je...
Memandangkan kami sekeluarga tak berapa suka sangat makan epal... mungkin salah satu sebabnya epal ni kami dah selalu sangat makan, malah di Malaysia epal ni memang sentiasa ada dan kami pun selalu makannya... so kami hanya kutip sikit aje, tak penuh baldi pun. Cuma 4 kg je... padahal harganya memang murah dalam S1.20 je sekilo. Takpa la nak buat apa petik banyak2 kalau tak makan nanti membazir pulak. Tapi rasa sedap la pulak epal hijau ni... biasenya aku tak suka epal hijau sebab masam, tapi yang ni lain sikit... jenis lain kot.
No comments:
Post a Comment