Empat hari cuti kami dok rumah dan jalan2 di park je. Hari ni Adelaide masih bercuti sempena ANZAC Day. Pagi tadi ada perarakan sempena ANZAC Day tapi kami tak datang tengok pun. Kami keluar lepas Zohor, selesa sikit nak jalan2 sebab dah solat, kalau tidak nanti susah sebab kat sini takde tempat nak solat. Kami kuar ni pun bukannya tujuan nak shopping, just nak bawa Aqil dan Yaya jalan2. Kesian juga pada mereka asyik dok rumah je cuti2 ni... dan paling kesian pada mama mereka ni yang dah lama tak cuci mata di city ni hehehe... dapat cuci atau jamu mata pun takpa la.
Jalan tak sampai 10 minit Yaya dah mula buat perangai... gara2 nampak peti ais krim automatik tak boleh berjalan. Macam biase la pantang nampak ais krim tak kira sejuk atau panas.
Tengok tuuu... siap cakap 'dah lama Yaya tak makan ais-krim ni', ye la biase kat rumah makan yang dalam bekas je, sama la Yaya ais krim jugak... Sampai je kat Rundle Mall kami tuju beli barang Aqil dan Yaya dulu. Lepas beli barang mereka berdua baru la hubby dan aku boleh jalan2 dengan tenang. Kalau tidak ada yang bad mood dan masam muka nanti, terutama Aqil.
Tengok tu senyum je sebab dapat beli sesuatu di kedai ni iaitu kad pokemon dan kad bola, macam2 jenis kad ada dijual di kedai ni dari yang murah hingga la yang harganya beratus dollar. Aku berpikir sendiri ada ke orang sanggup beli kad yang harganya beratus2 dollar ni? dah dijual mesti ada pembelinya kan? Sampai Aqil pun terikut-ikut dengan hobi orang2 oz, tapi beli yang murah2 je... dah bertimbun koleksi kad Aqil termasuk yang beli di GS. Tak tahu la hobi baru Aqil ni bertahan berapa lama pulak...
Aqil dah dapat barangnya Yaya pun nak la jugak... Yaya beli buku cerite Barbie je... Yaya senang je nak layan dia asalkan beli benda yang berwarna pink dan berkaitan dengan Barbie mesti dia suka.
Makan dulu sebelum jalan2 di tempat lain. Nandos je la jadi pilihan Aqil dan Yaya kalau ke city. Nak makan di Swinging Bowl hari ni kedainya tutup la pulak.
Jalan2 di Rundle Mall... banyak jugak persembahan hari ni. Orang berguling dengan bola la, badut la, nyanyian ala2 Elvis Presley, persembahan shuffle dan macam2 lagi la. Orang tak ramai sangat hari ni... tenang sikit nak berjalan dan cuaca pun ok.
Now masa untuk aku pulak menjamu mata... jom masuk butik Oroton. Kecik je butik ni, handbag dan barang2nya pun tak banyak sangat compare dengan butik di Melbourne yang lebih besar dan banyak pilihan. Tapi ada jugak sesuatu yang menarik dalam ni....
Belek2 dulu... yang mana berkenan boleh la beli, tapi tak tahu lah bila... takpa ada yang beritahu Oroton dah dibuka di KLCC... balik beli di Malaysia je la. Kawan2 ku di Malaysia dah pergi ke? Kalau beli dengan duit sini tak terasa sangat kemahalannya, tapi Oroton ni tak la mahal sangat kot compare dengan brand2 yang dah famous macam Coach, LV, Gucci, Hermes dll.
Aku pun sejak dok sini je reti sikit bab2 handbag ni, kalau tidak tak reti dan tak ambik tahu pun. Di Malaysia dulu pun aku ada 3 atau 4 handbag je... yang tu je la aku gilir2 guna... bawak pergi keje dan ke mana2. Brand pun Alain Delon dan Bonia je. Aku suka Bonia dan yang paling mahal hubby pernah belikan untuk aku harganya RM1xxx. Aku rasa menyesal masa tu hubby belikan handbag mahal sangat, rasa sayang duit... siap aku beritahu hubby "boleh tak kite hantar balik, baik beli barang kemas ada jugak faedahnya", dua tiga hari jugak dok pikir pasal handbag tu. Datang sini baru aku tahu rupa2nya ada lagi orang yang sanggup berhabis duit untuk membeli handbag2 branded dan mahal, kalau aku tak mampu rasanya. Takpa la bak kata pepatah "ukur baju dibadan sendiri..." dan bersyukur apa yang kite ada. Tapi kadang2 rasa teringin dan berangan jugak... InsyaAllah kalau ada rezeki.

Destinasi seterusnya di sini... first time kami datang sini, itu pun sebab Surah member aku beritahu di kedai ni ada barang yang aku idamkan. Memang ada tapi kena tungguuu... kena menoreh banyak2 dulu (ayat yang selalu abang aku guna) baru dapat beli.
Best je rasa sekali-sekala dapat datang city ni terutamanya kalau dapat jamu mata dengan barang2 yang kite suka... berjam2 pun takpa. Tapi kalau dapat beli lagi bestkan? Apa2 pun kami hepi dapat kuar jalan2 hari ni.

No comments:
Post a Comment