23 April 2011

GS paling tak best!

Banyak2 Garage Sale hari ni paling tak best... sebabnya tak banyak ada GS dan yang ada pun barang2nya tak menarik. Maybe mat2 salleh malas buat GS sebab bercuti sempena Easter Day. Kali ni Yaya dapat barang2 best.

Yaya dapat Barbie trolley luggage bag ni... $10 je masih elok dan nampak baru. Kalau brand new memang mahal.

Satu lagi Barbie make-up case ni... memang baru sangat. Nampak je terus Yaya nak... harganya $6. Kalau kat kedai mesti mahal jugak ni.

Aqil dapat mainan2 ni... comey2 jugak, aku pun berkenan.

Aku dapat ni je hari ni... tak pernah2 aku dapat hanya satu barang. Kalau sebelum2 ni banyak barang aku selalu dapat dan semuanya best2 dan menarik. Takpa la nak buat macam mana rezeki aku dapat set arcopal je hari ni. Kebanyakan barang2 yang aku beli di GS semuanya menarik dan elok2.... Tapi aku malas nak upload pic dalam blog ni nanti takde cerite lain pulak... penuh dengan hasil GS je...

Kalau nak cerite pasal GS ni memang best, terutamanya kalau kite dapat barang2 best dan harganya pulak murah. GS ni memang berhantu, kalau kite ke GS dan dapat barang menarik membuatkan kite makin syok dan excited nak ke GS. Awal2 dulu kalau ke GS aku selalu beli macam2 jenis barang yang aku rasa aku suka, macam tak berfaedah dan boleh menyemakkan rumah. Tapi lama2 baru aku tahu apa yang aku nak dan barang yang aku beli mesti sesuatu yang menarik, susah nak dapat (sesetengah barang, terutama barang2 hiasan), ada brand, berharga dan yang paling penting barang2 tu aku suka dan boleh digunakan atau ada faedah.

GS ni bergantung kepada rezeki jugak... kalau ok, hasilnya lumayan. Tapi aku tak lah ke GS semata2 nak cari sesuatu. GS salah satu aktiviti orang2 kat sini termasuk lah orang2 kite. Aku ke GS sebab nak isi masa di hujung minggu dan sambil2 tu kalau ada barang berkenan beli, kalau takde tak payah (tapi jarang tak beli sebab jumpa barang best mesti la beli kan...). GS ni menyebabkan orang ketagih... aku biase2 je, ada lagi orang yang lebih advance dalam aktiviti menggarage ni... dah hasil2nya lumayan. Dengar cite awal2 pagi dah kuar rumah untuk ke GS. Aku takde la beria sangat...

No comments:

Post a Comment