Pagi2 lagi 6.40 pagi abang call semasa abang dalam perjalanan nak naik bas untuk ke University of Adelaide. Hari ini class abang dah start. Semoga abang selamat dan belajar baik2. Abang call lagi beritahu jumpa member abang man kat sana. Boleh laaa... tanya rumah sewa dan sekolah Aqil.
Rasa takde mood je nak datang kerja hari ni. Kesian pada Aqil dan Amalia. Terutamanya Aqil, kena pergi sekolah dengan orang lain hari ni. Biasanya papa yang hantar.Aku call tanya MIL keadaan Aqil pagi tadi. Aqil menangis lagi, tapi sekejap je. Tengahari aku call tanya lagi, Aqil ok je MIL cakap. Amalia macam biasa laaa... happy sokmo. MIL beritahu abang call tadi kat rumah.
No comments:
Post a Comment