Pagi aku, abang dan Aqil pergi menziarah kubur arwah Arfan. Balik kami singgah pasar. Lepas itu kami semua pergi breakfast di restoran atas bukit... Balik kami singgah di kedai komputer di Kajang, abang nak beli webcam. Tengahari aku masak laksa penang.
Abang membuat persiapan terakhir untuk ke Australia malam ini. Dalam pukul 4 ke rumah jiran, ada majlis makan2 sempena anaknya dapat bekerja di Petronas, Kerteh. Anaknya belajar di New Zealand sebelum ini.
Balik kami bersiap untuk ke KLIA. Zu dan Wak datang untuk hantar abang di KLIA. Aqil dah nampak sedih... monyok jeee...
6.00 petang kami bertolak ke KLIA.
6.40 - sampai KLIA, Amalia macam biasa aktif dan seronok jeee... dok tak diam sekali. Aqil dah mula sedih. Sampai je abang check in dulu. Kami sembahyang maghrib dulu. Antara kawan2 abang yang datang ialah Dr. Mus, Shahizan dan anak2 (wife dia takde study di Hong Kong), terbalik aku akan ditinggalkan suami untuk pergi belajar. Dia isteri yang tinggal untuk pergi belajar. Seorang lagi En. Yakob. Flight abang delay, pada mulanya 9.50 tapi delay kepada 10.20 malam. Sementara menunggu abang masuk kami duduk di situ jeee... tengok telatah Amalia dan Aqil. Pergi McD, lepas tu KFC dan kedai mainan. Abang belikan Aqil mainan untuk pujuk dia. Tapi Aqil tetap nampak sedih.
9.15 abang dah kena masuk. Saat perpisahan yang menyedihkan. Abang mula nampak sedih dan menangis. Kami bersalam2an. Aqil pada mulanya ok je. Lepas papanya masuk terus menangis. Aku pun turut menangis tengok Aqil. Kesian dia... Amalia ok jeee... aku beritahu dia papa pergi kerja. Kami tunggu di ruangan pelepasan antarabangsa. Tapi abang tak kelihatan... abang dah masuk dalam. Aqil menangis tak henti2, aku pujuk dia.
10 lebih kami balik, Aqil tetap menangis. Amalia siap cakap... "jangan sedih2, tido laaa...jangan nangis". Cerdik betul Amalia niii... Sebelum abang fly abang hantar sms pada aku
"Jaga diri baik2, jangan marah2 anak,layan Aqil elok dia dah besar takut dia sedih. Take care apa2hal beritahu abang,Take care n luv u.
Doakan untuk abang".
10.30 malam sampai rumah. Aqil menangis panggil papanya. Aku bagi Aqil kain pelikat yang abang pakai tadi, suruh dia peluk dan cium supaya terubat rindunya. Sehingga lah dia tertidur dalam kesedihan sambil memeluk kain papanya. Kesian aku tengok... tapi nak buat macam mana. Harap2 lepas ni Aqil ok la. Amalia menangis masa nak tido... panggil papa... papa... lepas tu ok. Rasa sunyi abang takde.
No comments:
Post a Comment