Hari ni semua cuti sempena hari buruh, pagi kami pergi breakfast di Restoran Sup Keting seksyen 7. Balik singgah pasar ingat nak beli laksa (laksa buatan kilang dari Kelantan). Aku cadang nak buat laksa penang tengahari ni, tapi tak jadi laksa takde. Esok baru ada. Jadi kena laaa buat esok. Teringin nak makan laksa penang yang aku buat sendiri. Kalau beli tak sedap. Tengahari masak simple2 je.
Malam kami pergi makan di San Francisco... abang belanja sebelum abang pergi esok.
No comments:
Post a Comment