6.46 pagi abang call beritahu yang dia sudah selamat sampai di Adelaide. Bangun lewat hari ni lepas sembahyang subuh tidur balik. Bangun2 je hari ni terasa sunyi semacam je... sedih je rasa sebab abang takde. Tak macam biase dengar suara abang. Aqil tak tunjukkan pada Aqil yang aku sedih. Aqil tetap bersedih... lepas tu ok sikit. Aqil ajak aku pergi jalan2. Biasa kalau hujung minggu papa yang selalu bawa kami jalan2.
Pagi kami online melalui YM/view webcame dengan abang. Aqil dan Amalia happy dapat tengok papa mereka. Abang guna PC member dia. Abang punya belum daftar lagi. Abang sedih jeee... kami pun sama. Semua menangis sedih sebab baru berpisah jauh. Abang cakap sana sunyi sangat, lagi laaa menyebabkan dia rindukan kami di sini. Kalau teringat pada kami je terus mengalir airmata. Aqil happy dan mula bermain2 selepas dapat bercakap dan dapat tengok papanya.
Petang aku bawa Aqil pergi jalan2 di Billion, sebelum tu beli kereta di Shell. Abang call masa kami di Billion. Balik singgah di Ariani, beli tudung sehelai. Balik rumah Amalia tak bangun lagi. Kami chatting dengan abang. Abang beritahu dia akan cari rumah dan sekolah untuk Aqil cepat2 supaya kami boleh ke sana cepat. Dia tak sanggup berjauhan dengan kami.
Petang Aqil menangis lagi teringatkan papanya. Aku pujuk dia pergi kedai makan. Malam abang call dan kami chatting dengan abang lagi. Abang tak dapat tidur teringatkan kami. Abang geram tengok telatah Amalia dengan perut buncitnya...hehe... Kami semua rindukan abang, semoga abang selamat dan Allah permudahkan segala urusan abang di sana.
No comments:
Post a Comment