10 May 2009

Antara gambar kami semasa di KLIA










Aku dan anak2 ke pasar. Balik dari pasar kami online dengan abang. Abang beritahu nak bawa kami ke sana bulan Julai atau awal Ogos. Abang dah tak tahan rindukan Aqil dan Yaya. Setiap kali teringat abang akan nangis. Kesian pulak aku dengar. Anak2 dah semakin dapat terima abang takde, papanya pulak tak boleh. Abang suruh aku jual barang2 dan buat semua persiapan untuk ke sana termasuk visa dan pasport. Aqil bukan main seronok dengar papa dia cakap macam tu. Aku tunjuk pada Aqil dan Yaya gambar masa papa nak pergi. Kesian mereka nampak sedih je... cepat2 aku tutup. Yaya siap panggil papa... papa... Dah lah masa abang masuk tu lagu "Aku cinta padamu" Siti Nurhaliza berkumandang, macam kena jeee...

No comments:

Post a Comment