29 February 2012

First time buat kek Barbie

Amalia teringin sangat hendak kek Barbie untuk besdaynya kali ini. Sempena besday Amalia, Zie cuba jugak membuat kek Barbie untuknya. Rasa macam tak yakin nak buat kek ni, tetapi demi Amalia, Zie cuba jugak... Alhamdulillah akhirnya berjaya, walaupun tak secantik mana, yang penting ada dan Amalia hepi.

Zie buat kek perasa vanila. Resepinya mudah aje...

Bahan2nya:

150 g mentega
185 g tepung naik sendiri
130 g gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh vanilla

Cara-cara membuatnya:

1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung yang dicampur dengan soda bikarbonat. Adun sebati
4. Masukkan adunan ke dalam loyang.
5. Bakar selama 45 minit dengan suhu 180 C.


Paling Zie risau nak buat buttercream... maklum lah tak pernah buat. Pada mulanya Zie tak yakin nak buat sebab di sini takde jual creamwell. Dah puas Zie intai di kedai2, termasuk kedai jual barang2 bakery... memang takde dijual di sini. Yang ada cuma ready made cream. Nak beli tak sure apa ingredientnya. Nak tak nak terpaksa cuba resepi lain yang tak perlukan creamwell. Zie siap telefon adik dan sepupu di Malaysia yang masing2 pakar membuat kek icing dan deco2 kek ni. Mereka bagi resepi membuat icing tanpa menggunakan creamwell. Resepinya mudah aje dan hendak membuatnya pun senang.

Bahan2 buttercream:

Bahan A:
250g butter
200g icing sugar

Bahan B:
2 sudu besar susu cair
1 sudu teh esen vanilla

putar A hingga sebati then masukkan B. Putar sampai kembang. Siap...

Patung barbie ni Zie bawa dari Malaysia... kat sini tak pasti ada jual atau tidak, tak pernah nampak. Kalau patung Barbie Amalia banyak la... boleh jugak guna yang tu, tapi kena basuh bersih2 dulu dan dibalut sebelum dimasukkan ditengah2 kek. Satu keje la pulak yer...

Bab nak mendeco2 ni pun satu hal... memang tak pernah buat. So cuba buat yang mana terlintas dipikiran je... ini la rupanya sebelum siap.

Hampir siap...

Taraaaaaa... ini la hasilnya, Barbie Doll cake hasil pertama Zie. Rasanya lepas ni makin convident nak buat... tunggukan kelahiran Barbie Doll Cake yang ke2 pulak.

28 February 2012

Hepi besday Amalia sayang...

28 Febuary 2012 puteri kesayangan Zie, Nor Amalia Marsya sudah berusia 5 tahun. Rasanya sekejap aje masa berlalu... Masih terbayang2 lagi wajah Amalia semasa baby di atas pangkuan Zie. Sekarang Amalia dah besar...

Terkenangkan saat Zie mengandungkan Amalia... macam biase Zie akan mabuk teruk pada awal 3 bulan mengandung. Begitu jugak semasa mengandungkan Aqil, Arwah Arfan dan kandungan yang gugur. Tetapi masa mengandungkan Amalia ni paling perit semasa 2 bulan terakhir. Zie mengalami sakit kepala yang amat teruk sehinggakan nak sujud pun rasa sakit sangat. Sampai menangis dibuatnya... makan ubat pun tak ok jugak. Sampai Zie terpaksa guna khidmat pengamal perubatan tradisional... orang tu siap cakap Zie kena buatan orang. Macam2 dia cakap... takut dibuatnya. Tetapi sekali pikir macam mengaruttt... tetapi disebabkan sakit sangat Zie terpaksa cuba cara tradisional, tetapi tetap sakit jugak.

Sepanjang mengandungkan Amalia Zie memang betul2 menjaga kesihatan, makan dan keje2 harian (tak buat keje berat). Tetapi memang dugaan sakit kepala yang teramat sangat di akhir 2 bulan kehamilan. Sehinggakan terlintas dipikiran adakah Zie mengindap apa2 penyakit... Nauzubillah... mintak dijauhkan. Sampaikan Zie risau sangat di saat nak bersalin nanti macam mana kalau dalam masa yang sama Zie sakit kepala dan jugak sakit nak melahirkan. Alhamdulilah bila tiba masa untuk melahirkan Amalia automatik sakit kepala Zie terus hilang. Rupa2nya Zie sakit kepala disebabkan pembawakan budak orang tua kata. Memangg taknak dah sakit kepala macam tu, sakitnya hanya Tuhan aje yang tahu.

28 Feb 2007 due date Zie mengandungkan Amalia... pagi2 lagi Zie dah ke Hospital Putrajaya. Walaupun sakit nak bersalin belum terasa dan belum ada apa2 tanda nak bersalin Zie terpaksa ke hospital terus untuk diinduce. Selepas dimasukkan ubat pada pukul 11 pagi Zie diberitahu maybe petang baru rasa contraction.. Tetapi sejam lepas tu Zie dah terasa sakit yang amat sangat... sampaikan nurse pun hairan kenapa cepat sangat. Nurse cek kedudukan kepala Amalia tak turun ke salurannya, macam tersekat. Nurse dan doktor yang bertugas kelam-kabut dan mereka cakap kemungkinan Zie akan dibedah. Zie yang sakit ni tak kisah dah... buat lah apa aje asalkan selamat. Hubby dan ma Zie pun nampak panik selepas diberitahu Zie akan dibedah. Mereka terpaksa panggil Dr pakar dari HKL yang kebetulan bertugas secara kontrak di Hospital Putrajaya hari itu (lupa apa namanya tetapi rumahnya masih terbayang2, Dr tu berbangsa China (perempuan)... Dr tu cek kedudukan kepala Amalia memang senget dan tak masuk ke saluran yang betul. Dalam masa beberapa saat je Dr tu periksa perut Zie... katanya "kepala Amalia tak boleh keluar disebabkan tersekat oleh air kencing..". selepas air kencing keluar (sory kotor sikit) terus kepala Amalia masuk ke saluran yang betul.

Sekali pikir lucu pun ada sebab selepas diinduce nurse pesan sejam pertama Zie tak boleh bangun... kena baring je, itu yang sampai Zie tak pergi kencing. Betul bendulll... Alhamdulillah Zie boleh bersalin secara normal, masa tu Zie memang dah rasa sakit sangat... rasa nak meneran di wad tu jugak. Cepat2 Zie dibawa ke labour room. Sampai aje di labour room nurse tak sempat nak pakai sarung tangan pun, Amalia dah nak keluar... hubby pun tak sempat masuk lagi masa tu. Tak sampai beberapa minit di labour room Amalia dah keluar sampaikan nurse yang bertugas (namanya Azila) cakap "senangnya akak ni bersalin, kalau macam ni boleh la bersalin 10 orang anak lagi" katanya. Dalam hati Zie "ye la tu nak beranak 10 orang, walaupun sakit kejap tetapi sakitnya hanya Tuhan aje yang tahu". Tetapi kalau ada rezeki apa salahnya. Anak ramai meriah sikit.

Syukur Alhamdulillah 28 Feb 2007 lebih kurang jam 2 petang Zie selamat melahirkan Amalia, Pada mulanya Zie macam tak percaya sebab Tuhan kurniakan baby lagi untuk Zie. Sebabnya sebelum Amalia... Zie sudah kehilangan baby sebanyak 2 kali mengandung. Memang rasa macam tak percaya akhirnya Zie dapat baby lagi... Zie siap menangis selepas Amalia keluar. Rasanya ambil masa agak lama jugak Zie nak percaya bahawa Tuhan kurniakan baby lagi selepas macam2 dugaan yang Zie alami sebelum itu.

Sekarang Amalia telah berusia 5 tahun... Zie sayang sangat Amalia dan Aqil. Bukan senang untuk melahirkan dan menjaga mereka semasa kecil. Macam2 dugaan terpaksa dihadapi sepanjang menjadi seorang ibu . Alhamdulillah dengan adanya hubby disisi segala dugaan dapat dihadapi dengan tenang. Syukur Zie dikurniakan seorang suami yang penyayang, selalu memberi sokongan, bertanggungjawab dan sentiasa memberikan kebahagiaan kepada Zie dan anak2. Begitu jugak dengan ma dan arwah abah, mereka berdua banyak sangat membantu Zie semasa dalam pantang. Tak terbalas rasanya jasa mereka...


Kini Amalia dan Aqil menjadi penyeri keluarga... Sempena besday Amalia kali ini Zie buatkan kek Barbie untuknya... Amalia hepi sangat dapat kek Barbie. Walaupun mamanya ni tak pernah buat tetapi demi Amalia, Zie cuba jugak... yang penting Amalia hepi di hari lahirnya. Kami celebrate anak-beranak je... majlis makan2 akan diadakan weekend nanti.

HAPPY BIRTHDAY NOR AMALIA MARSYA MOHD. AZUL semoga anak mama dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa sihat, menjadi anak yang soleh dan bahagia di dunia dan akhirat. Mama, papa dan abang Aqil love you...

23 February 2012

Apa nak buat balik Malaysia nanti yer???

Sebelum balik Malaysia ni, dalam pikiran Zie macam2 perkara terlintas nak dibuat, tetapi tak tahu lah mana satu yang menjadi kenyataannya. Salah satunya Zie bercadang nak mengikuti kelas di Chef Asma Culinary. Selepas jumpa blog ni http://www.chefasma.blogspot.com. dalam blog Kak Azlita Aziz, Zie terus rasa berminat dan teruja nak belajar di sini. Niat dihati kalau dah terro masak2... boleh la buat bisnes dari rumah atau kalau ada rezeki dan modal boleh lah bukak kedai. Berangan je la dulu... mana tahu one day menjadi kenyataan.




Kalau tak dapat keje memang Zie bercadang nak buat bisnes... tetapi tak tahu lagi nak buat bisnes apa. Semoga Zie dimurahkan segala rezeki, bukan sahaja rezeki wang ringgit tetapi rezeki kesihatan dan kehidupan yang membahagiakan.