Hari ni hubby tak ke Uni. Salah satu sebabnya cuaca panas iaitu 34 degree, sebab kedua orang dah start bercuti untuk Krismas esok, jadi Uni. pun sunyi sepi je dan sebab ketiga nak pergi beli barang2 makan sebelum semua kedai tutup esok. Kami ke K-mart, Coles dan Wolis... ramai betul orang hari ni dan banyak barang murah2. Rasa semua nak beli... tapi kami beli yang perlu je sebab tak lama lagi dah nak balik Malaysia.
Seronok tengok mat salleh shopping sakan. Hari ni baru terasa penuh dengan orang, jalan pun agak jam dan parking pun penuh. Kami banyak beli barang2 makan je....then beli baju untuk Yaya... Aqil taknak baju, just beli mainan yang kecik2 je.

Sebelum tu kami ke The Good Guys salah satu kedai barang elektrik terbesar kat sini. Bestnya tengok barang2 dalam kedai ni. Banyak barang2 yang aku dah aim nak beli suatu hari nanti. InsyaAllah kalau ada rezeki.
Kak Azie..we all pun dah borong baju untuk budak-budak nie jugak nak bawak balik Malaysia nanti.
ReplyDelete