10 December 2010

Aqil dah mula cuti sekolah

Aqil dah start bercuti hari ni, lebih kurang dua bulan jugak. Aqil tak seronok pulak nak bercuti sebab katanya tak boleh jumpa kawan2nya terutama Jokew. Balik dari sekolah terus monyok dan bersedih je... katanya tak boleh nak jumpa Jokew dan Ms. Sheridan. Baru kejap dah rindu pada kawannya tu.


Kami pergi ambil Aqil di sekolah hari ni... sebabnya Aqil balik awal hari ni... jam 1 dah boleh balik dan sebelum tu kami join sekali perhimpunan terakhir sekolah.

Aqil macam tak hepi nak cuti... ye la dok rumah bosan dia kata, kalau dok sekolah ramai kawan dan suka dengan sistem pembelajaran sini, tak tension dan teacher pun baik je. Selalu Aqil cakap... dia suka ke sekolah dari dok rumah. Kalau nak ke sekolah mesti excited je hari2... beza betul masa di Malaysia dulu.

Sampai rumah still nampak sedih je muka Aqil... kesian pulak anak mama ni...

Aqil asyik dok cakap rindu pada Jokew... Jokew pun nampak sedih jugak masa nak balik tadi hubby cakap... maybe dia pun sedih nak pisah dengan Aqil dan kawan2 yang lain. Ni la Jokew bestfriend Aqil... sama2 peminat soccer. Jokew ni terro main soccer dan macam2 permainan lagi. Di mana ada Jokew di situ la ada Aqil... di mana ada Aqil di situ la ada Jokew... memang baik betul mereka ni. Takpa la Aqil naik next term boleh jumpa dan main dengan Jokew lagi.

Seorang lagi yang Aqil pasti merinduinya ialah teacher class Aqil iaitu Ms. Sheridan... Ms. Sheridan ni cikgu kontrak je di sekolah ni... kalau di Malaysia macam GSTT tu la. Next term Ms. Sheridan dah takde di sekolah ni. Aqil suka dengan teacher ni sebab baik, selalu puji dia dan selalu bagi hadiah pada Aqil (nanti ada cerite pasal ni pulak yer.. post lain pulak). Papa pun selalu tanya Ms. Sheridan pasal Aqil di sekolah... She said "Aqil good boy and clever boy".

Rindu punya pasal pada Ms. Sheridan balik sekolah terus suruh hubby cari FB Ms. Sheridan. Tengok2 memang ada, hubby pun terus add dan petangnya Ms. Sheridan accept. Bukan main seronok lagi Aqil. Aqil suruh cari yang Jokew sama tapi takde... frust je Aqil.

Awal2 ni Aqil pasti merindui kawan2 dan teacher dia... lama2 nanti ok la. Takpa tak lama lagi kite nak balik Malaysia mesti Aqil lagi hepi.

No comments:

Post a Comment