25 December 2010

Huhuuuuuu... sakitnya gigi

Sapa pernah sakit gigi? mesti semua pernah merasakan? Tuhan aje yang tahu macam mana perasaan kite kalau sakit gigi. Kenapa la gigi aku buat hal masa ni... tunggu la masa balik Malaysia nanti. Sebelum ni rasa ngilu sikit2 je dan lepas tu hilang. Tapi hari ni macam tak henti2 sakit... huhuuuuuu... kalau sakit gigi nak buat apa keje pun tak boleh. Betul ke orang kata kalau masa sakit gigi rasa nak marah je kalau ada yang tak kena? memang yeee... tapi aku boleh bertahan lagi setakat ni.

Aku cuba cari beberapa petua atau cara mengatasi sakit gigi di dalam internet. Macam2 cara ada... antara yang senang:

  • berkumur dengan air garam;
  • berus gigi dengan letak sedikit garam; dan
  • gigit bunga cengkih digigi yang sakit.

Semua ni aku terus cuba buat dan berdoa padaNya... tapi hasilnyaaaaaaaa... kejap je ok lepas tu sakit balik huhuuuuuu.... tido pun dengan bunga cengkih. Susah betul kalau sakit tempat orang ni... ni baru sakit gigi... "Ya Allah Ya Tuhan ku jauhi la hambaMu dan keluargaku ini dari sebarang penyakit dan malapetaka, Amin". Petang cuba tido... tapi boleh tido2 ayam je... sebab gigiku dok berdenyut. Nak ke farmasi cuti krismas pulak, semua farmasi tutup. Kalau tidak boleh la beli ubat di farmasi, itu pun kalau boleh. Sebabnya kat sini bukan senang nak beli ubat macam tu je... kena mintak kebenaran doktor la, itu la... ini la... macam2 prosedur. Bangun dari tido pun masih rasa berdenyut2 lagi. Aku cuba berkumur dengan air bacaan Yassin... Alhamdulillah rasa ok sikit... harap2 gigi aku tak sakit sangat la dan semoga aku dapat bertahan la sehingga balik Malaysia. Siap cek kalendar berapa hari lagi nak balik.

Tahu tak kenapa nak tunggu balik Malaysia? mesti pembaca2 blog ni tertanya2... atau cakap "pergi je la klinik and cabut atau buat apa2 supaya tak sakit, kan senang". Memang la boleh pergi klinik, tapi rasanya klinik tutup sebab cuti krismas... kalau bukak pun, masalahnya kat sini nak jumpa doktor gigi appoiment saje dah kena bayar AUD50 (kalau convert RM150 atau lebih) dan untuk cabut atau lain2 lebih kurang AUD200 (huhuuuu... kalau convert tak ke RM600, ini la anggaran kos untuk cabut/lain2 gigi kat sini... lebih kurang la kot). Rasa sayang duit je... kalau di Malaysia cabut gigi baru RM45 sebatang dan banyak pulak klinik giginya. Kalau di Malaysia memang aku tak tunggu kalau sakit gigi ni... sakit sikit2 memang terus ke klinik. Kat sini tak tahu la pulak kat mana klinik giginya... nak kena survey2 ni...

Tapi sekali pikir beli benda lain boleh, takan untuk merawat diri sendiri yang sedang sakit tak bolehkan?. Tengok la macam mana nanti, kalau betul2 tak tahan memang nak kena pergi klinik jugak... risau kalau dok tahan2 nanti bahaya pulak, sebab sakit gigi ni melibatkan urat saraf. Tapi aku sentiasa berdoa kepada Tuhan semoga dapat bertahan. Semoga Tuhan mengabulkan doaku. Satu lagi balik Malaysia memang nak kena beli ubat sakit gigi dan bawak ke sini... aku yang sakit takpa lagi, kalau kena anak2 memang susah la. Semoga kami semua sihat... Amin.

No comments:

Post a Comment