04 December 2010

ABC satuuuuuuu...

Kepanasan melanda bumi Adelaide... time2 macam ni syoknya kalau dapat makan ABC, laici kang atau air cendul. Apa lagi mula la aku dan Yaya nak buat projek... iaitu projek membuat ABC. Time macam ni la nak cuba ice shaver yang dah lama aku beli di GS... dah la beli sampai 3, itu pun plan nak beli lagi kalau dapat yang lagi canggih, elok dan murah, tamaknya aku ni yer... bukan apa untuk kegunaan sendiri, senang kalau teringin nak makan ABC terus boleh buat. Mana tahu kalau rosak ada lagi yang lain sebagai pengganti... kalau di Malaysia tak pasti ada ke tak jual benda alah ni. Tapi kalau dok Malaysia mahu ke buat sendiri ABC... tengok2 ke kedai jugak akhirnya. Takpa2... yang penting aku ada alat ni.

Berguna jugak ice shaver yang aku beli di GS ni... memang berbaloi beli, senang dan cepat je nak buat ABC. Rasa tak sabar2 nak tengok hasilnya... Alhamdulillah ok. Dah la jenama sunbeam dan baru lagi. Hubby dok tengah tido masa ni... dia dok dengar kami kalut kat dapur... sampai tak boleh tido dibuatnya, bangun2 terus kena buat ABC. Semua order je la... ABC satu papa...

Yaya dan Aqil la orang paling seronok dapat makan ABC... siap cakap "macam kat Bangi la mama". Ye la kalau di Bangi mama beli di restoran sate Samuri je... tidak pun kite pergi makan di Taman Warisan Putrajaya... sini semua kena buat sendiri kalau nak makan. Tapi bagus jugak at least tahu jugak nak make ABC sendiri.

Mengiurkan walaupun tak cukup bahan, tambah2 time panas2 macam ni... tekak ni rasa nak minum ais je. Rasa lega je tekak ni... hahhhhhhhhh...

Ok siap papa cakap... mama satu, Aqil satu dan papa punya satu...

Yang ni Yaya punya... Yaya dah tak sabar2 nak makan. Lepas ni rasanya ada yang mintak ABC tiap2 hari... Boleh je, lepas ni mama nak letak banyak bahan pulak... bestnya kalau letak kacang goreng, kacang merah, halwa, cincau (yang ni kena beli la) dan ais krim atasnya... huhhhh... best2... dan kalau ada kapur makan mama boleh try buat cendul, dapat la kite minum air cendul pulak. Tungguuuuuu...

Aqil dan Yaya dok mengadap ABC sambil tengok TV... sory la yer Yaya cekci sikit hari ni sebab kepanasan. Papa kena buat dua kali ABC hari ni sebab masing2 dah lama tak makan ABC... jarang2 jumpa rasa tak puas la pulak... jangan batuk sudah la lepas ni. Kalau batuk kena kontrol minum ais lepas ni... harap2 anak2 mama ok la yer. Jangan batuk2 dan demam yer sebab sini susah kalau demam. Selamat menikmati ABC di Adelaide ni.

No comments:

Post a Comment