28 December 2010

First time nak join boxing day...

Sibuk dok dengar orang pergi boxing day... tak boleh jadi ni, takan aku nak dok rumah je... Bila lagi nak merasa boxing day. Kalau dengar nak shopping terus gigi ku tak sakit, hehehe... Hari ni kami ke Tea Tree Plaza... sampai2 je mak aiiiii... parking full, ini mesti orang ramai nih.

Tengok ni dah penuh dengan orang2 yang nak berboxing...

Tempat pertama kami tuju ialah di Big W bahagian pinggan-mangkuk... plan nak beli set sudu tapi troli pulak takde, susah nak bawak kalau macam ni. Corelle memang ada sale, tapi aku taknak beli dah sebab tak berkenan mugnya (cukup la satu set je jenis macam ni...). Lepas ni... kalau susah2 sangat nak mintak tolong member di UK belikan design yang aku nak atau beli secara online je. Nak beli sesuatu benda kena puashati... kalau tak nanti aku tak guna membazir je. Sale memang giler2 la lepas krismas ni... memang betul boxing day ni best, syok betul kalau ongkos dalam poket pun penuh...


Pakaian memang tak payah cakap la... memang murah sangat2. Rambang mata dibuatnya... aku terbeli jugak sehelai dua yang murah2. Hajat dihati nak beli banyak lagi tapi tunggu di lain destinasi pulak. Tapi kena tengok bajet jugak... kalau pemegang akaun bagi baru ok.

Masa ni tak tahu nak tuju ke mana sebab tengok semua kedai sale... Hubby jaga anak2, mama sibuk dok masuk kedai tu, kedai ni... nak cari baju2 yang rasa berkenan... hubby dah pesan mama masuk pilih yang mana berkenan lepas tu hubby masuk bayar. Kalau semua nak masuk susah nanti Aqil dan Yaya cepat bosan dok menunggu mama. Kalau nak beli memang kena pilih yang puashati. Tak kisah murah tapi kena yang aku suka.



Masa shopping mood anak2 kena jaga... baru boleh shopping dengan tenang. Ikut je apa yang mereka nak kalau tidak dok merengek je kite nak shopping pun tak best. Tambah2 Yaya kalau dia bosan mula la nak buat perangai atau berdukung. Dah selesai round pertama, berehat dulu makan dan minum. Shopping2 jugak perut pun nak kena isi. Nak makan di food court orang ramai terpaksa la beli dan makan di tempat2 yang sesuai.

Aku berkenan set pinggan ni... hubby nak beli satu set untuk aku tapi takde pulak stok design yang aku berkenan tu. Memang murah sale 50%, takpa la lain kali kite datang lagi.

Memang cantik2 pinggan-mangkuk kat sini... semuanya rasa berkenan... tapi kebanyakannya made in China tapi cantik2. Ye la sekarang memang banyak barang dari sana. Malah Royal Albert pun sekarang dah dibuat kat sana.

Sementara papa dan mama tengok barang2, anak2 layan apa yang mereka suka... hilang sikit rasa bosan menunggu papa dan mama. Jangan pecah sudah...

Tengok papa nak beli apa lagi tu?


Hampir 6 jam kami kat sini, rasa lenguh dah kaki ni. Dah lama tak shopping atau jalan lama2 terasa jugak letihnya. Kalau di Malaysia takpa boleh dikatakan everyweek pergi shopping. Walaupun shopping barang makan je. Memang sakan betul mat2 salleh bershopping. Kawan2 dari Malaysia pun ramai jugak yang kami jumpa... masing2 sibuk berboxing. Ada seorang member hubby tu sampai 3 troli barang2 yang dibelinya. Memang shopping betul nih. Kami shopping sikit2 je... banyak duit nak guna balik ni. Baru aku tahu macam mana boxing day... memang sale giler2. Lepas ni kena simpan duit banyak2 dan GS kena kurangkan... boleh ke? Apa pulak aktiviti aku kalau tak megarage... takan nak dok rumah je, tengok la macam mana yerk.Tak sabar nak tunggu boxing day tahun depan, banyak benda nak beli. InsyaAllah kalau ada rezeki.

2 comments:

  1. bestnye shopping kak. kat sane msti murah gile kan? hu3....

    ReplyDelete
  2. memang best shopping kat sini, lagi best kalau banyak duitnya. Kami shopping sikit2 je sebab banyak guna duit nak balik ni.

    ReplyDelete