HAPPY BESDAY AQILLLLLLL...
30 July 2010
Besday Aqil from 1 years old until 8 years old, dah besar anak bujang mama
HAPPY BESDAY AQILLLLLLL...
28 July 2010
70 Kelebihan & Kaifiat BerSelawat Ke Atas Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW.
1. Menjunjung perintah ALLAH SWT.
2. Perkara yang sama dibuat oleh ALLAH SWT kerana ALLAH turut berselawat ke atas Baginda SAW.
3. Perkara yang sama dibuat oleh para malaikat kerana malaikat turut berselawat ke atas Baginda SAW.
4. Dikurniakan 10 rahmat oleh ALLAH SWT.
5. Ditinggikan pangkatnya sepuluh darjat.
6. Dituliskan baginya sepuluh kebajikan.
7. Dihapuskan baginya sepuluh kejahatan.
8. Diharapkan doanya (Doa Orang Yang BerSelawat) dimakbulkan kerana Selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit.
9. Mendapat syafaat Nabi S.A.W.
10. Mengampunkan dosa.
11. Menyelesaikan masalah atau menghilangkan dukacita.
12. Membolehkan dekat dengan Nabi SAW pada hari Qiamat.
13. Boleh menggantikan sedekah bagi orang yang tidak sanggup (berkemampuan).
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Dapat doa dari para malaikat dan rahmat dari Allah SWT.
16. Membersihkan hati dan mensucikannya.
17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga.
18. Terlepas dari huru-hara Hari Qiamat.
19. Mendapat doa dan salam dari Nabi SAW.
20. Mengingati kembali perkara yang lupa.
21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan bagi semua orang yang ada di majlis itu.
22. Menghilangkan kemiskinan.
23. Tidak termasuk dalam golongan yang bakhil.
24. Terlepas dari kutukan Nabi SAW. "Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi dia tidak berselawat (kepadaku).".
25. Menyenangkan jalan-jalan masuk ke syurga.
26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk.
27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji ALLAH SWT.
28. Mendapat Nur ketika melalui di titian (sirat).
29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar.
30. Mendapat pujian ALLAH SWT di sisi para malaikat.
31. Diberkati umurnya dan semua pekerjaannya.
32. Mendapat rahmat ALLAH SWT dan sentiasa dikasihi ALLAH SWT.
33. Menambah Mahabbah kasih-sayang terhadap Baginda SAW.
34. ALLAH SWT dan RasulNya bertambah kasih dan sayang kepada kita.
35. Dapat petunjuk dan hati menjadi hidup.
36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Baginda SAW.
37. Dipermudahkan ketika melalui titian Siratulmustaqim.
38.Menunaikan sedikit hak Nabi SAW dan bersyukur kepada ALLAH SWT.
39.Termasuk dalam Dzikrullah mengingati ALLAH SWT.
40. Mendapat KeMuliaan dan KeIstimewaan dari ALLAH SWT.
41. Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang berselawat ke atasku 1x, nescaya ALLAH akan turunkan rahmat ke atasnya 10x ganda." - (Riwayat Muslim.).
42. ALLAH SWT akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11x setiap kali selesai menunaikan Solat Fardhu.
43. Jodoh ditentukan oleh ALLAH. Amalkan Selawat 100x sehari, Insya'ALLAH akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki mahupun wanita.
44. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah Selawat 7x pada air dan minum. Insya'ALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
45. Sesiapa yang amal membaca Selawat 3x setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
46. Amalkan membaca Selawat sebanyak 1000x sehari, Insya'ALLAH akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
47. Sesiapa yang mengamalkan BerSelawat 11x setiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
48. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang BerSelawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.
49. Sesiapa yang BerSelawat 41x sehari, Insya'ALLAH akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
50. Sesiapa yang amalkan BerSelawat 1000x pada malam Jumaat, Insya'ALLAH akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.
51. Amalkan Selawat 11x setiap kali selesai Solat Fardhu kerana ALLAH akan mengindahkan Akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
52. BerSelawat 33x sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
53. Sesiapa yang BerSelawat tidak kira banyak mana hitungannya setiap hari akan mendapat KeBerkatan dalam apa jua pekerjaannya dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan ALLAH SWT.
54. Amalan BerSelawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan ALLAH, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
55. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa BerSelawat 3x setiap selesai Solat Subuh, Maghrib & Isyak, ALLAH akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
56. Sesiapa yang amalkan BerSelawat sebanyak 1000x setiap hari, ALLAH SWT akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
57. Amalan BerSelawat secara teratur dan Istiqomah setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
58. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca Selawat secara rutin (tetap), akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
59. Membaca Selawat 10x pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan ALLAH serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH.
60. Sesiapa yang membaca Selawat sebanyak 7x selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
61. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca Selawat sebanyak 70x sehari.
62. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan BerSelawat 80x setiap selepas Solat Asar pada hari Jumaat, Insya'ALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
63. Sesiapa yang sering mengamalkan BerSelawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
64. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan Dzikir, termasuklah dengan BerSelawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH SWT itu Maha Luas RahmatNya.
65. Ulama berpendapat, sesiapa yang mengamalkan Selawat saban hari tidak kira berapa jumlah hitungannya, Insya'ALLAH dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
66. Membaca Selawat 1000x selepas Solat Hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya.
67. Menurut Para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka BerSelawatlah sebanyak 10x setiap selesai Solat Maghrib.
68. Para Ulama berpendapat, ALLAH SWT akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa BerSelawat 40x hingga 100x setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
69. Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa yang BerSelawat kepadaku sebanyak 100x pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari Qiamat dengan keadaan bercahaya." - dari Abu Naim.
70. Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa BerSelawat kepadaku 10x pada waktu pagi dan 10x pada waktu petang setiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari Qiamat." - dari At-Thabrani.
Purse aku hilang
Aku balik rumah dengan perasaan sedih dan frust sangat. Dalam purse aku tu ada IC, medical card aku dan anak2, lesen, gambar, ayat2 (Yassin dll) dll. Nasib baik aku tak letak duit banyak dalam tu... kalau tidak melayang dengan duit2 aku sekali. Paling aku frust purse ni hubby hadiahkan sempena besday aku pada tahun 2009, harganya agak mahal, huhuuuuuu...
Aku tak putus2 dok memikirkan macam mana purse aku tu boleh hilang. Aku terus berdoa agar dapat jumpa balik purse aku tu. Aku yakin akan jumpa purse tu balik. Aku akan terus berdoa dan bertawakal. InsyaAllah Ahad next week aku nak pergi balik tempat tu. Tolong doakan aku jumpa balik purse tu ye... thanks.
Aku dan hubby dah pergi buat report di Police Station... harap2 orang yang jumpa atau ambik purse aku tu pulangkan balik.
22 July 2010
First time ke klinik di Adelaide
Yang paling aku panik pada malamnya aku tengok pampers Yaya tak basah, maknanya seharian Yaya tak kencing. Aku risau takut jadi macam Aqil masa kecik dulu yang kena hernia atau angin pasang. Kalau orang Kelantan cakap uluran (konek baby jadi bengkak). Aku tiba2 jadi pucat dan panik sangat2. Aku cek Yaya punya anu, tak bengkak. Tanya Yaya sakit mana, dia tunjuk perut. Aku cakap pada hubby risau la tengok Yaya. Yaya tido dan lepas tu dia terjaga dan menangis . Yaya nak berak rupanya. Aku lega sangat lepas Yaya berak dan kencing baru la Yaya nampak ok dan mula aktif. Alhamdulillah sebab Yaya dah kencing. Hilang sikit panik aku. Malam masa tido Yaya banyak kali jugak sedar sebab masih sakit perut. Aku dan hubby bergilir2 jaga Yaya sampai ke pagi.
Bangun pagi Yaya berak sekali lagi... perut Yaya sakit sikit2 je. Hubby pergi buat appoinment di klinik. Kat sini masalahnya kalau nak jumpa Dr. kena buat appoinment dulu. Ubat pulak kena beli di farmasi. Aku cakap pada hubby kalau kes serius macam mana? Hubby cakap kalau serius kena ke Hospital Adelaide di city nunnn... masalah jugak kalau macam ni. Aku doa sangat2 supaya takde la masalah serius kepada aku dan keluarga sebab macam banyak prosedur je nak jumpa Dr. kat sini.
Yaya makin aktif dan dah tak sakit perut tapi kami tetap pergi jugak ke klinik. Dr. tu cakap maybe Yaya ada makan makanan baru yang tak sesuai dengan perutnya. Lepas ni kami kena pastikan Yaya tak makan makanan yang dia tak biase makan. Seingat aku Yaya makan strawberry petang sebelum dia sakit perut tu... maybe sebab buah yang hubby beli hari tu masam kot. Entah lah yang penting agar Yaya dah sembuh dan aktif macam biase. Alhamdulillah...
21 July 2010
Hadiah barang2 dapur lagi
Set sudip, macam2 ada... nasib baik aku tak pergi beli sendiri, kalau tidak bukan setakat sudip2 ni aku beli... mahu benda lain pun aku beli. memang suka tengok barang2 dapur kat sini, rasa semua nak beli. Kalau Yaya siap taknak balik sebab nak tengok dan main dengan barang2 dapur, terutama bekas2 untuk buat kek & cupcake... sangat2 cantik.
Terima kasih pada hubby kerana belikan semua ni...
10 July 2010
Untung sikit dapat 2 alat ni


Hepi Besday Aqil '8 years old'
Kami jemput tetamu dalam pukul 4. Semua tetamu yang kami jemput hadir. Mereka semua terkejut sebab aku buat banyak makanan sendiri. Aku dah biase... hubby pun ada tolong sama. Tetamu yang datang ada jugak membawa makanan. Rupa2nya kat sini kalau ada jemputan makan masing2 akan bawa makanan, aku tak tahu la pulak... jadi bertambah2 la makanan. Mereka semua sangat berpuashati sebab dapat makan banyak makanan dan siap boleh bawa balik lagi. Hepi sangat sebab Aqil hepi dengan majlis harijadinya, tetamu hepi dan hajat nak jemput kawan2 hubby makan tercapai.
07 July 2010
Catering
Aku masak rendang dan agar2 malam tadi lagi. Bangun pagi aku terus masak makanan2 yang lain pulak... banyak benda yang nak kena masak, nasib baik makanan ni untuk makan malam takde la aku kalut sangat dan aku sempat lagi buat cek mek molek sebagai makanan percuma.
Lepas makanan semua siap kami pergi hantar di city. Harap2 Suzanne dan kawan2nya suka dengan makanan yang aku buat serta berpuashati. Lain kali boleh order lagi.