Kalau ikutkan besday Amalia 28 Feb baru2 ni, tetapi memandang hari tu semua orang busy ke kelas dan bekerja terpaksa la majlisnya dibuat pada hujung minggu. Sempena majlis minum petang sekaligus meraikan besday Amalia Zie dah plan nak buat macam2. Tetapi semuanya setakat yang mampu dibuat. Sehari sebelum majlis Zie dan hubby pergi membeli barang2 keperluan untuk majlis ini. Kami plan buat majlis simple2 aje. Jemputan lebih kurang 30 buah famili... tetapi ada yang tak dapat hadir. Persiapan paling penting ialah bahan2 untuk makanan utama, besday kek dan goodies untuk anak2. Aqil dan Amalia bantu Zie sediakan goodies ni semua... thanks Aqil dan Amalia.
Makanan utama Zie sediakan ialah mee kari dan bihun sup ala Siam. First time masak banyak... risau jugak sebab tak pandai nak agak bahan2nya. Tetapi Alhadulillah menjadi.
Makanan lain yang Zie sediakan... banana muffin, kek karamel, agar2 dan kek coklat untuk kek besday.
Dalam banyak2 makanan yang Zie nak buat, ke besday lah yang paling Zie risau sekali... maklum la tak pernah buat... first time buat masa hari besday Amalia 28 Feb. baru2 ni... Ini yang kali ke2 la. Zie ambik masa agak lama jugak untuk mendeco kek2 ni. Walaupun tak berapa nak reti Zie kena buat jugak... kalau tidak mau ada yang mengamuk nanti. Alhamdulillah akhirnya Zie berjaya jugak... nanti kite tengok hasilnya dalam N3 seterusnya.
No comments:
Post a Comment