Sempena besday Amalia yang ke5 kami membuat majlis minum petang secara kecil2an. Kami menjemput kawan2 yang terdekat aje. Rasanya lebih kurang 30 buah keluarga... tetapi tak semua yang dapat hadir. Maklum lah weekend masing2 dah ada plan, tapi ramai yang datang. Rasanya ini lah jamuan terakhir kami sebelum kami balik for good ke Malaysia. Alang2 buat kami jemput semua kengkawan... walaupun rumah sempit terpaksa jemput jugak... sebab lepas ni Zie dah taknak buat jamuan untuk orang seramai ini. Lagi pun Zie dah nak start packing barang2. Amalia lah yang paling hepi masa majlis ini. Memang dah lama dia menantikan saat2 ini, nak buat besday party, ajak kawan ramai2 tiup lilin dan potong kek. Demi memenuhi impian Amalia kami mengadakan majlis ini jugak walaupun hubby tengah busy dengan PhDnya.
Dalam sejarah kali ini besday kek Zie buat sendiri. Kalau tidak sebelum2 ni beli aje di kedai. Demi memenuhi permintaan Amalia, Zie cuba membuat Barbie doll cake ini untuk kali ke2. Alhamdulillah kali ini rasa lebih confident untuk membuatnya. Walaupun tak secantik dengan pakar2 kek di luar sana... ini kira ok la untuk percubaan. Yang penting Amalia hepi. Untuk resepi kek ni nanti Zie cite dalam N3 seterusnya yer...
Untuk majlis kali ini makanan utama yang Zie sediakan ialah mee kari dan bihun sup ala Siam. Risau jugak nak masak banyak2, maklum lah rasanya Zie tak pernah masak mee kari dan bihun sup sebanyak ini. Tapi Alhamdulillah menjadi jugak. Zie jugak hidangkan kek karamel, banana muffin dan agar2 as a dessert. Kek karamel wajib buat sebab ramai yang nak mencuba. Rasanya kek karamel dah tersohor di Adelaide ni di kalangan kengkawan kat sini. Terima kasih kepada pencipta kek ini... I like it.
Selain daripada makanan yang Zie sediakan ini... banyak lagi makanan lain yang dibawa oleh para tetamu. Sampai penuh meja dibuatnya dan tiada tempat nak letak. Tak sempat nak ambik gambar busy dok layan tetamu. Macam2 jenis makanan ada antaranya kuih kasturi, bubur, sardin puff, pasta, agar2, kuih talam, pavlova, dan banyak lagi lah termasuk buah2an. Tak terhabis makan dibuatnya... siap bahagi2 kepada tetamu2 yang datang last... bagi dia orang bawak balik.

Perkara yang ditunggu2 oleh besday girl dan kanak2 ialah acara memotong kek. Malu2 pulak Amalia masa ni... Kalau sebelum2 ni kebanyakan besday party masing2 suka beli ice cream kek, tapi kali ni keknya lain dari yang lain. Kalau di Malaysia kek macam ni memang dah biase sangat. Pada mulanya Zie plan nak buat ice cream kek tetapi Amalia taknak sebab katanya nanti cepat cair. Jadi kena la buat kek ini... kena ikut cakap tuan punya majlis la. Kalau tidak nanti ada yang tak hepi pulak.
Memandangkan tetamu yang hadir serentak, penuh sesak dibuatnya di dalam rumah. Kaum bapa terpaksa makan dan bersembang di luar. Mintak maap la yer kalau ada yang tak selesa... maklum lah rumah2 di oz ni kecik2 semuanya... padahal rumah kami ni dikira besar lah jugak tetapi masih tidak boleh menampung tetamu seramai ini. Nak buat di park malas sebab nak kena mengangkut makanan ke sana, jadi satu keje pulak nanti... jadi nak tak nak terpaksa lah bersesak di dalam rumah. Maaf yer para tetamu kiranya tak selesa.
Acara terakhir... acara bukak hadiah, memang tak sabar2 sungguh Amalia nak bukak hadiah, sampai taknak tunggu orang balik dulu. Kawan2 rapat pun sama2 nak tengok Amalia bukak hadiah. Ramai yang tahu Amalia suka Barbie dan warna pink so banyak la dapat hadiah Barbie, memang suka sangat la dia. Terima kasih kepada aunty2 dan sesiapa sahaja yang bagi hadiah pada Amalia.
Alhamdulillah persiapan dan majlis minum petang ni berjalan lancar. Terima kasih kepada semua yang sudi datang dan maaf la yer kalau ada sebarang kekurangan dan kesilapan. Semoga majlis ini menjadi kenangan indah buat besday girl NOR AMALIA MARSYA MOHD. AZUL.

No comments:
Post a Comment