17 March 2012

Puteri Ayu

Kuih puteri ayu memang sedap... sebelum ni Zie dah pernah buat tapi tak segebu dengan yang Zie buat kali ini. Terima kasih kepada Sha Hafizi member masak2 di FB kerana sudi share resepi kuih ni dengan Zie. Resepi yang sebelum2 ni memang Zie tak puashati. Padahal tuan punya resepi tu macam glamour je di kalangan blogger2 masak ni. Nampak gayanya memang kena tapis2 jugak resepi2 dalam internet ni. Tak semuanya boleh pakai... Alhamdulillah akhirnya dapat the best resepi untuk buat kuih ni.

Menurut seorang kawan memang elok kejadian kuih ni... memang yer pun, hepi je tengok kuih ni menjadi dengan cantik dan rasanya pun sedap. Kali ini Zie buat banyak sebab ada tempahan dari MyPSA untuk majlis mereka. Sehari sebelum majlis... Zie siap test dulu sama ada resepi ni ok atau tak. Siap ada juri yang merasa lagi... bila para juri cakap ok baru lah Zie berani nak buat untuk orang. Kalau tidak tak berani jugak... ye la nak jual kena make sure makanan tu betul2 menjadi, kalau tidak nanti kena kutuk buat malu je... tetapi resepi ni memang memang membuatkan kejadian kuih ni elok je.


Bahan-bahan (40biji):
5 biji telur (saiz kecil)
250 g tepung gandum
300 g gula
2 sudu teh ovalette
1 sudu teh baking powder
250 ml santan pekat
Pewarna hijau secukupnya
2 sudu teh paste pandan
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi/tepung jagung)

Cara-cara membuatnya :
1. Panaskan kukusan.
2. Putar telur, gula dan ovalette hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Putar hingga sebati.
4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Kepada yang mintak resepi boleh lah cuba. Terima kasih kepada yang sudi order...

No comments:

Post a Comment