Sambal gesek? sebelum ni memang tak pernah dengar dan tak tahu pun rupanya macam mana. Semasa Gina member kat sini beritahu dia pernah makan dan siap order lagi dengan member kat sini... Liza namanya, Zie tak beria nak tahu macam mana rupanya sambal gesek ni. Tetapi selepas makan, ada seorang kawan bagi terus Zie suka dengan sambal gesek ni, terus mintak resepi dengan Liza ni. Rasanya sambal gesek ni berasal dari Negeri Sembilan. Walaupun pedas tetapi sedap dan menjadi pembuka selera. Bayangkan lah Zie yang jenis tak suka tambah kalau makan nasi... siap makan 2 pinggan nasi hanya dengan sambal gesek ni aje. Rasanya sambal ni sesuai untuk dimakan masa sahur bulan puasa nanti... mesti lalunya makan nasi, tambah2 lagi bagi Zie yang jenis tak lalu makan masa sahur. Liza cakap kalau di N9 orang makan masa dalam pantang... ooooo... baru la Zie tahu.
Nak buat sambal ni pun sangat2 la senangnya... kepada yang ingin cuba membuatnya boleh la tengok resepi ni...
Bahan2nya (anggaran yang Zie buat)
2 cawan ikan bilis
2 labu bawang besar (kalau di Malaysia Liza cakap guna bawang merah lagi sedap...)
10 biji cili apa (nak pedas boleh tambah lagi)
Minyak secukupnya
Cara membuatnya:
1. Kisar semua bahan... kisar kering.
2. Panaskan minyak dan goreng bahan yang dikisar tadi hingga masak.
3. Masukkan sedikit gula... garam Zie tak letak sebab ikan bilis dah masin.
Siappppppp... senang je, masak pun tak mengambil masa yang lama. Selain dimakan dengan nasi makan dengan pulut dan roti pun sodapppp...

No comments:
Post a Comment