01 March 2010

Medical check-up

Jumaat kami breakfast di Restoran Caiyo Bistro. Selepas itu kami ke Alamanda untuk beli barang2 dapur. Tengahari selepas hubby sembahyang Jumaat kami makan di Restoran Berlauk seksyen 7 BBB.


Hubby sedang daftar for medical check-up





Sabtu pagi2 lagi kami dah bangun untuk ke My LifeCare di PJ untuk membuat medical check-up. Ini salah satu syarat untuk dapatkan visa untuk ke oz. Kami sampai lebih kurang jam 8.30 pagi. Selepas semua pemeriksaan dilakukan terhadap aku, Aqil dan Yaya didapari semua benda tiada masalah kecuali urine aku ada problem. Didapati selepas pemeriksaan dibuat dalam urine aku didapati ada 3+ blood (ada darah), jadi kena la buat sekali lagi dan charge yang dikenakan RM15 pulak. Memang buat duit betul la, cara mereka buat keje memuaskan dan layanannya ok. Majoriti staf dan doktor di situ berbangsa Cina. Selepas pemeriksaan urine kali kedua didapati masih 3+, jadi aku kena datang lain kali pulak bagi memastikan uruine aku betul2 clear. Untuk ke OZ memang syarat kesihatan dipandang berat. Aku dok bercakap dalam hati "nak kata period, aku rasa 3/4 hari lagi baru period". Daripada membazie duit, aku cadangkan pada hubby datang lain kali. Jadi terpaksa la aku dan hubby datang balik lain kali.

Balik dari medical check-up kami ke rumah Jam (member hubby) di Bukit Bandaraya, Shah Alam. Pergi tengok rumah baru dia. Cantik jugak rumah dia. Kami lunch di rumah Jam.



@kedai Wak di Hotel Quality, Shah Alam


Secret Recipe SCC Mall

Lebih kurang pukul 1 lebih kami ke Hotel Quality jumpa Wak. Masa nak sembahyang Zohor... tengok2 aku memang period. Patut la masa urine test ada darah. "Macam awal je aku rasa?". Nasib baik tak buat urine test banyak kali, kalau tidak rugi je. Wak belanja kami makan di Secret Recipe. Wak belikan Yaya kek sempena besday Yaya esok. Lepas makan kami ke rumah Eg pulak. Dalam pukul 4 lebih kami balik rumah. Letih dan kepanasan Tuhan aje yang tahu. Kepala aku berdenyut2 sakit. Malam kami semua tido awal sebab keletihan.

No comments:

Post a Comment