1 Mac 2010 aku menghantar resign letter kepada CC, notis sebulan sebelum aku berhenti. Aku terpaksa berhenti awal sebulan sebelum ke OZ memandangkan banyak perkara yang perlu diuruskan. Aku rasa dengan perletakan jawatan ini ianya satu pengorbanan besar yang aku lakukan untuk mengikut hubby ke OZ. Sedangkan zaman sekarang terlalu sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Aku sendiri telah melalui perit jerihnya untuk mencari pekerjaan. Pelbagai kerja pernah aku lakukan sebelum ini sebelum aku bekerja di MOF. Pelbagai rintangan telah dilalui. Kalau ikutkan hati sayang jugak nak berhenti tetapi demi suami dan anak2 aku sanggup berkorban walaupun cita2 aku diketepikan. Aku selalu berdoa kepada Tuhan semoga pengorbanan aku ini tidak dipersia2kan. Semoga segala urusan berjalan lancar dan aku sentiasa bahagia di samping suami dan anak2 tercinta. Rezeki aku selepas ini akan ditentukan olehNya dengan berkat dan usaha. "pengorbanan sesuatu perlu dilakukan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik", harap2 begitu la.
No comments:
Post a Comment