Hari ni Yaya seronok sebab aku ada kat rumah. Pagi kami breakfast di Restoran Amir @Seksyen 7 BBB. Balik aktiviti membasuh dan lepas tu tidooooooooooo...
31 March 2010
Yaya seronok bila aku cakap aku dah tak bekerja
Hari ni Yaya seronok sebab aku ada kat rumah. Pagi kami breakfast di Restoran Amir @Seksyen 7 BBB. Balik aktiviti membasuh dan lepas tu tidooooooooooo...
Serah tugas
Makan2 bersama kawan2 di Selera Putra
Hari Terakhir di MOF
Perasaan aku hanya Tuhan aje yang tahu. Minggu2 terakhir ni sebenarnya aku dah rasa sedih tetapi aku tak tunjuk je. Sekali pikir memang sayang nak berhenti keje. Kalau dipikirkan sebelum ini betapa susahnya nak dapatkan pekerjaan rasa rugi je berhenti keje. Tapi nak buat macam mana demi suami dan anak2, aku terpaksa korbankan kerjaya ku. InsyaAllah kalau diizinkanNya dan kalau ada rezeki boleh lagi aku bekerja.
30 March 2010
Last ke pasar tani depan MOF
Salam Perpisahan dan ucapan terima kasih
Semalam aku hantar emel kepada semua staf BPKA untuk ucapkan salam perpisahan dan ucapan terima kasih. Sedih la pulak rasaaa... huhuuuuuuuu...
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Datuk/Datin/Tuan/Puan,
Terima kasih di atas setiap peluang, tunjuk ajar dan persaudaraan yang dihulurkan sepanjang tempoh saya berkhidmat di BPKA, terutamanya Seksyen Pinjaman Kerajaan Persekutuan.
Mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap, baik dari tutur kata mahupun perbuatan sepanjang saya berkhidmat di BPKA.
Akhir kata, semoga BPKA bertambah mantap, warganya dapat berkerjasama dan seterusnya dapat merealisasikan transformasi yang dihasratkan oleh kepimpinan negara.
NOR AZITA BINTI GHANI
PK(D)3
Unit Pengurusan Pinjaman, Penyelarasan dan Micro Finance
BPKA
Tel:019-3644277
emel : zietwin74@yahoo.com
Sedih je rasa...
29 March 2010
Jamu kawan2 ofis makan laksa dan nasi kerabu



