23 February 2012

Dah tak lama...

Dah tak lama lagi kami nak balik Malaysia. InsyaAllah July tahun ini kami akan balik walaupun hubby belum settle PhDnya. Zie dan anak2 akan balik meneruskan kehidupan di Malaysia dulu... sementara hubby akan datang balik ke Adelaide untuk siapkan keje2 PhDnya., hubby akan mohon extension. Zie dan anak2 balik dulu sebab visa kami akan tamat pada September tahun ini. Kami boleh je kalau nak stay sini lagi tetapi memandangkan kos untuk membuat visa agak mahal so kami terpaksa balik dulu. Kalau ikutkan memang tak puas lagi tinggal di negara orang... tapi apa kan daya dah kena balik... balik je la.

Sebelum balik Malaysia ni dah macam2 perkara Zie pikirkan... tentang tempat tinggal, anak sekolah, keje, kos hidup, kehidupan seharian, keselamatan, kesihatan dan macam2 lagi. Macam2 perkara terlintas dipikiran, ada yang menggembirakan dan ada jugak yang merungsingkan hati. Zie selalu sangat berdoa agar kehidupan kami sekeluarga bertambah baik dan sentiasa dilindungi Allah... dijauhi dari penyakit dan perbuatan jahat manusia, selamat di mana jua kami berada dan dimurahkan rezeki serta semua yang baik2 aje. Semoga Zie dan anak2 dapat menjalani kehidupan dengan bahagia. Buat hubby pulak kalau kena datang sini balik... diharapkan abang dapat meneruskan perjuangan untuk mendapatkan PHD dengan baik dan semoga berjaya menggenggamnya.


21 February 2012

Cek mek molek...

Hari ni rasa rajin pulak nak membuat kuih yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Dah lama Zie beli ubi keledek sampai dah nak buruk. Padahalnya bukan susah pun nak buat kuih ni, tapi kena tunggu mood datang baru boleh buat. Rasanya dah lama tak makan kuih ni. Kalau ada sesiapa nak resepi cek mek ni boleh lah tengok dalam entry pasal cek mek sebelum ini, kat sini.

Sory la yer takde sukatan... main agak2 je. Fuhhh... sedapppp..., ubi masih ada... esok nak buat lagi la.

20 February 2012

Orang tak pernah sakit gigi...

Sepanjang hidup hubby ini lah pertama kali dia merasa macam mana sakit gigi. Memang kalau sakit gigi nak buat satu keje pun tak jadi, selagi tak jumpa dentist selagi itu lah akan terasa betapa seksanya... memang merana dibuatnya. Huhuuu... Zie dah banyak kali merasainya. Hubby ingat sakit gigi ni tak lah seteruk mana, lepas dia sendiri yang sakit baru lah dia tahu macam mana.

Hubby cakap dia nak bertahan dulu seminggu nak tengok macam mana... bertahan dengan makan panadol dan ubat cap geraham. Zie cakap kalau sakit gigi ni bukan macam sakit kepala... lepas telan ubat terus hilang dan boleh tahan2. Nak tunggu balik Malaysia lama lagi... macam biase lah nak bertahan sebab kos rawatan gigi sangat la mahal kat sini. Tapi apa kan daya daripada sakit baik habis duit. Kalau tidak satu keje pun tak boleh buat kalau gigi sakit.

Alhamdulillah hubby dapat jumpa dentist selepas 3 hari merana sakit gigi. Itu pun sebab ada orang lain cancel dia punya rawatan. Kat sini nak jumpa doktor pun susah tau... nak kena buat appoinment baru boleh jumpa. Lepas dicabut giginya, hubby rasa sayang sangat sebab dah takde satu gigi... siap cakap balik Malaysia nanti nak pakai gigi palsu. Alah orang lain dah banyak giginya dicabut tak sedih pun (Zie la tu hehehe...). Nak sedih apanya... daripada merana kesakitan lebih baik cabut, lain lah kalau masih boleh diselamatkan. Semoga gigi abang dah tak sakit lagi lepas ni yer...

12 February 2012

Hubby sungguh teruja...

Perjalanan PhD bukan semudah yang digambarkan... semuanya bergantung kepada rezeki. Satu lagi dari permerhatian Zie PhD ni banyak bergantung kepada bantuan penyelia (SV). Sekiranya SV memberikan kerjasama yang baik maka perjalanan PhD akan menjadi lancar. Rata2 yang Zie dengar tak ramai yang dapat habiskan PhD dalam masa 3 tahun. Kebanyakannya 3 tahun setengah atau 4 tahun malah ada yang sampai 5 tahun atau lebih. Tetapi jika rezeki dipemudahkan dalam masa 2 tahun setengah pun PhD boleh dihabiskan dengan syarat SV memberi kerjasama 100%.  1 dalam 1000 kot yang dapat melakukannya... salah seorangnya member hubby ni yang dikenali sebagai Rahim Best. Beliau dapat menghabiskan PhDnya dalam masa 2 tahun setengah. Hubby sangat teruja apabila mendapat tahu kawannya yang sorang ini dapat menghabiskan PhD dalam masa yang lebih awal dari masa yang sepatutnya.

Zie selalu mendoakan hubby supaya segala urusannya dipermudahkan... semoga urusan PhD hubby  berjalan lancar dan dapat dihabiskan dalam masa yang telah ditetapkan. InsyaAllah selain berusaha kite bertawakkal kepada Allah. Good Luck abang!.

Minum petang...

Sabtu baru ni hubby menjemput kawannya Sheran dan hubbynya datang minum petang di rumah kami. Sheran ni buat PHD di UniSA. Dia berasal dari Sabah. Selain dari mereka kami jugak menjemput kawan2 yang terdekat join sama.

Zie masak simple2 aje... just buat spaghetti, bubur jagung dan kek karamel aje.

Selamat berkenalan Sheran...

10 February 2012

Pulut kuning pengganti nasi

Tak tahu nak masak lauk apa hari ni untuk makan tengahari... Nak ubah selera la pulak dari makan nasi Zie cadang masak pulut kuning je, makan dengan rendang daging. Lagi pun dah lama tak makan pulut kuning. Buat sikit je... 2 cawan cukup lah untuk kami sekeluarga.

Tengok tu... Amalia tak sabar2 nak makan telur. Sekali-sekala makan pulut kuning memang sedap, lagi pun nak membuatnya taklah susah... sesiapa nak resepi pulut kuning boleh tengok sini. Dalam masa sejam dah boleh makan. Sebelum ni ingatkan susah nak buat pulut kuning, tetapi rupa2nya sangat senang membuatnya.

09 February 2012

Ayam panggang kari...

Selalu sangat dok panggang ayam ala Kenny Rogers... walaupun memang sedap tetapi kalau selalu makan yang sama aje rasa bosan jugak. Hari ni Zie try make-up ayam ni dengan cara lain pulak. Godek punya godek terjumpa resepi yang sedap ini di dalam internet. Thanks Dapur Mina , resepi ni memang sedap dan senang untuk membuatnya.

Mintak izin yer Mina nak letak resepinya di sini...

Bahan2:
1 ekor ayam

Bahan kisar/perap:
2 biji bawang kuning
4 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh halia paste
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu besar cili kering yang telah dikisar (boleh jugak guna cili serbuk, kalau nak pedas boleh letak lebih)
2 sudu besar atau lebih serbuk kari
Garam dan gula secukup rasa

Serai dititik - Zie tak guna pun sebab takde serai.
Kentang
Tomato
Karot

Cara membuatnya:
1. Bersihkan ayam... kemudian perapkan dengan bahan kisar/perap selama setengah jam atau lebih. Lagi lama lagi sedap.
2. Sebelum bakar letakkan butter di seluruh ayam.
3. Letakkan kentang, karot dan tomato.
4. Selitkan serai dicelah2 ayam... rasanya kalau kisar sekali pun mesti sedap.
4. Bakar ayam selama sejam atau sehingga masak.

Selamat mencuba... memang sedap makan dengan nasi panas. Hepi sebab hubby dan anak2 suka makan. Tambah lah lagi satu koleksi resepi ayam panggang... memang kena rajin mencari dan mencuba baru lah dapat mengubah dan menambah menu untuk keluarga.

05 February 2012

Pinggan idaman...

Ohhhh... tak sangka dalam banyak2 kali ke garage sale hari ni hubby bawak balik pinggan idaman Zie. Apa lagi satu2nya pinggan yang cantik bagi Zie iaitu potmeirion. Dan lama teringin nak guna pinggan ni tetapi belum berkesempatan lagi... InsyaAllah ada rezeki boleh la beli. Rasanya tunggu ada duit tak habis makan baru boleh beli kot... berangan la dulu. Ada 3 biji je pinggan ni di GS orang tu... hubby beli dengan harga 50 sen satu... kenapa lah orang tu takde satu set, tak payah dah Zie nak kena beli yang baru hehehe...

Semoga rezeki Zie melimpah ruah lepas ni... boleh la beli set pinggan ni.

Sedap sungguh rojak ni...

Kali ni dah kali ke2 kami ke rumah Nadia Habibi... kali pertama kami pergi masa dia tinggal di area Prospect dulu. Masa tu kami pergi visit babynya Adel. Kami pergi bersama Surah dan famili. Kali ni Nadia jemput kami ke rumahnya sekali lagi... tujuan asalnya Surah nak ambil corelle yang dikirimnya kepada Nadia semasa Nadia ke Melbourne. Alang2 tu Nadia jemput kami makan2 sama. Bukan main lagi Nadia siap buat rojak ala2 kedai mamak gitu.

Memang sedap betul rojak ni... kedai mamak pun kalah. Menurut Nadia, Habibi suaminya yang masak kuah rojak ni. Memang sedap... first time masuk mulut dah tahu memang sedap. Bertambah2 kami makan. Hubby cakap boleh jual kalau macam ni... sebab memang sedap. Zie siap mintak resepi lagi.

Selain ada rojak... Nadia jugak sediakan air cendul dan ABC, memang rasa macam dok gerai/kedai mamak je. Semuanya sedappp...

Mesin ABC yang cute dan senang untuk membuat ABC. Siap ada tempat letak manisannya lagi.

Anak2 hepi dapat bermain mainan Adel yang banyak... yang paling best dapat duduk di atas sofa recliner kat belakang tu. Salah satu barang yang akan Zie beli untuk bawak balik nanti.

Thanks Nadia sebab sudi menjemput kami dan hidangkan makanan yang sedap. Dah la dapat makan banyak, lepas tu siap dapat bawak balik lagi. InsyaAllah nanti Kak Zie jemput Nadia dan keluarga datang ke rumah kami pulak yer.

Salam Maulidur Rasul 1433H


"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".

04 February 2012

Selamat pulang ke tanah air...

Hari ini kami yang tinggal di sebelah East berpakat mengadakan jamuan perpisahan untuk kawan2 yang akan balik terus ke Malaysia iaitu Kak Liza (yang pakai topi ni)... dah hampir 4 tahun Kak Liza berada di sini menemani Kak Ina (sebelahnya tu) untuk melanjutkan pengajian di sini. Memang bagus betul Kak Liza sebab sanggup menemani sepupunya di sini... susah rasanya nak cari orang macam ni. Kiranya ni satu pengorbanan jugak... Sepanjang perkenalan Zie dengan Kak Liza ni, Kak Liza seorang yang sangat ramah, suka pada kanak2 dan selalu buat lawak... tak kering gusi dibuatnya. Kami pasti akan merindui gurau-senda Kak Liza nanti.

Seorang lagi kawan kami yang akan pulang ialah Dr. Izan. Izan terpaksa pulang untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang doktor di Labuan. Semoga Izan bersemangat meneruskan kerjayanya dan berjaya. InsyaAllah suatu hari nanti Zie dan famili akan melawat Izan di Labuan.

Jamuan perpisahan ni diadakan di rumah Surah... makanan utamanya mee kari yang sangat sedap dibuat oleh Surah. Makanan lain dibawa oleh tetamu yang datang. Zie just bawak kek karamel sebab Izan dah lama teringin nak makan. Merasa jugak Izan nak makan kek ni sebelum balik... kalau tidak kena datang Bangi je la kalau nak makan. Ada rezeki nanti kite jumpa lagi di Bangi yer...

Kaum bapa rancak berborak di ruang tamu... entah apa topik yang dibincangkan. Anak2 dengan aktiviti mereka... kejap main dalam rumah, kejap main luar rumah. Masing2 hepi sekali-sekala dapat berjumpa dan berkumpul macam ni.

Selamat jalan Kak Liza dan Izan... semoga segala urusan dipermudahkan, selamat sampai dan selamat menempuhi kehidupan asal di tanahair tercinta. Maafkan segala salah dan silap Zie. InsyaAllah ada rezeki kite berjumpa lagi... kalau ke Bangi jangan lupa contact Zie yer... rumah Zie sentiasa terbuka kepada kengkawan semua.

31 January 2012

Kembali ke sekolah...

Setelah bercuti hampir 2 bulan... hari ni Aqil dan Amalia dah mula bersekolah semula. Alhamdulillah masing2 bersemangat hendak ke sekolah.

Zakuan anak ke2 Surah dah mula masuk sekolah rendah. Bertambahlah kawan Aqil di sekolah.

Amalia pun hepi nak ke kindy, awal2 pagi lagi dah bangun. Sampai aje di kindy muka Amalia nampak macam sedih jugak tetapi lepas jumpa kawan baru lah ceria. Term ni Amalia sekolah pagi dan petang... selang sehari dan 2 minggu sekali Amalia sekolah pada hari Jumaat.

Term ni Amalia ada kawan dari Malaysia jugak iaitu Wafa'a... harap2nya Amalia tak buat perangai lagi setiap pagi kalau nak ke kindy.

Macam kebiasaan painting aktiviti feveret Amalia... tiap2 hari bawak balik lukisannnya. Entah apa2 yang dilukisnya... takpa lah yang penting Amalia suka hendak ke kindy. Semoga anak2 mama rajin belajar dan berjaya.

30 January 2012

Ketuat la pulak...

Dah banyak kali Aqil dok mengadu kakinya ada bijik2... Zie dan hubby tengok rupanya nampak macam air tetapi jika dipegang keras. Rupa2nya ketuat... rasanya ketuat ni normal sebab masa Zie kecik2 dulu pun pernah ada di tangan, lama2 hilang macam tu je. Kalau di Kelantan orang panggil 'ketuat malas'. Ingat lagi masa kecik2 dulu ma selalu cakap sesiapa yang ada ketuat ni dia seorang yang pemalas... sebenarnya takde kaitan pun, saje je nak mengusik dan membuatkan kite rajin jika disuruh buat apa2 keje rumah atau belajar.

Aqil cakap ada 9 biji ketuat ni dan ada dikedua2 belah kakinya. Zie risau jugak sebab ada seorang member siap kena menjalani minor operation untuk membuang ketuat di kakinya sebab ketuatnya semakin membesar dan berakar. Zie berdoa dan berharap sangat ketuat Aqil ni tak sampai lah ketahap tu.

Kami bawa Aqil ke klinik... doktor cakap ketuat ni normal je, doktor just suggest ubat sapu ni. Alhamdulillah lepas letak ubat yang busuk ni ketuat dikaki Aqil semakin mengecut. Semoga ketuat dikaki Aqil hilang sepenuhnya.

26 January 2012

Australia cuti hari ni...


Hari ni hubby tak ke Uni. dan semua bercuti sempena Australia Day. Pada mulanya kami plan nak ke city untuk tengok perbarisan. Tetapi memandangkan cuaca panas Zie tak berminat nak pergi. Lagi pun Zie belum sihat sepenuhnya... nanti tak pasal2 demam balik. Jadi kami lepak di rumah je dan petang berjalan ke rumah jiran terdekat kami iaitu Surah. Kalau ikutkan memang bosan dok di rumah aje tapi malas la nak ke city.

Malam ni terajin sikit nak update blog... sejak dua menjak ni malas banyak (bukan malas sikit) nak update blog... banyak sebabnya yang pertama laktop Zie buat hal... tunggu dibaiki dulu, ini pun Zie guna laktop hubby yang jugak macam bermasalah je..., ke2 cuaca panas membuatkan Zie takde mood nak berblog dan yang ke3 Zie tak berapa sihat... demam dan sakit tekak. Malam ni baru ada mood nak update blog. Lepas ni banyak N3 tertangguh yang Zie akan update sebabnya kena tunggu laktop Zie ok... gambar2 semua ada dalam tu, so tak boleh lah nak update blog dengan laktop hubby ni.

Mencari udara sejuk di tepi pantai...

Hari ini cuaca agak panas... suhu mencecah 39 degree, seharian dah kami berkurung di dalam rumah. Lewat petang kami ke Henley Beach bersama Surah dan Najwa famili. Tak sangka di pantai ni anginnya memang sejuk jika dibandingkan semasa kami di rumah. Patut lah orang2 OZ suka ke pantai time2 summer macam ni.




Aqil dan Amalia hepi dapat main air bersama kawan2 mereka... masing2 ceria aje. Time summer ni ok la nak mandi-manda di tepi pantai ni... kalau time winter huhhhh... nak cecah kaki dalam air pun tak sanggup rasanya. Ini pun sejuk jugak... Amalia sampai menggigil dan awal2 lagi dah berhenti taknak main air. Zie perasan Amalia tak suka main pantai dah... sebabnya dia tak suka pasir2 yang melekat pada kakinya. Bila ditanya nak datang mandi pantai lagi tak? terus jawab 'taknak sebab Yaya tak suka pasir... geli'. Ada pulak yang ikut mamanya ni nanti... Zie memang tak suka pantai... tak suka air yang berlengas dan pasir2 yang melekat. Sebab itu lah kalau ke pantai Zie suka tengok orang main air aje.

18 January 2012


Mengubahkan hobi menjadi perniagaan... boleh ke?

13 January 2012

Kek karamel lagiii...

Semalam dah buat kek ni... hari ni buat lagi, memang kami makan sungguh kek ni... maklum lah dah lama tak makan. Ingatkan buat sebiji tahan la 3 atau 4 hari... tapi rupa2nya tak sampai 2 hari pun. Memang suka betul kami makan kek ni.

Hari ni Zie buat lagi kek ni sebab Zie plan nak bagi kengkawan yang teringin nak makan. Kesian pulak tambah2 lagi ada di antara member yang teringin makan kek ni sedang mengandung. Nanti ada pulak baby yang berair mulut...

Dapat lah mereka merasa sorang sikit. InsyaAllah lain kali Zie buat lagi. Rasanya Zie memang akan selalu buat kek ni sebabnya kek ni telah menjadi salah satu kek feveret kami selain daripada cheesecake. Lagi pun untuk kali ke3 ni Zie rasa semakin senang dan cepat nak membuatnya, siap boleh hafal dah resepinya. Tak sampai sejam pun jika dibandingkan first time Zie buat dulu yang mengambil masa lebih kurang 2 jam nak siap. Al maklumlah first time buat tak berapa nak cekap lagi.

12 January 2012

Kek karamel untuk kali ke2 hasilnya pun memuaskan...

Dah lama teringin nak buat kek karamel untuk kali ke2nya... Alhamdulillah untuk kali ke2 membuatnya Zie semakin faham dan dapat buat dalam masa yang lebih cepat jika dibandingkan masa pertama kali Zie buat dulu yang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Resepinya sama aje dengan yang sebelum ini... cuma warnanya aje berbeza, tambah satu lagi warna so nampak lah belang2 yang menarik ni.

Sebelum dipotong tak sabar nak tengok rupa di dalamnya...

Wahhhhhhhh... cantiknya, Aqil dan Amalia pun tak sabar2 suruh potong. Siap bersorak lagi masa Zie angkat potongan kek ni. Kami semua tak sabar2 nak makan... tak sempat sejukkan pun. Kalau makan yang sejuk lagi sedappp...

Suka tengok warna-warna yang cantik ni... lepas ni nak cuba warna lain pulak. Memasak ni memang kena ada seni jugak baru lah makanan yang dibuat dan dihidang nampak menarik, cantik dan yang paling penting sedap. Hepi sangat kalau hasil tangan sendiri menjadi dan famili suka... segala penat lelah hilang sekelip mata kalau famili suka makan makanan yang kite buat, Alhamdulillah...

11 January 2012

Kuih bakar versi kuning...

Dah lama rasanya tak merajinkan diri untuk membuat kuih muih... iaitu semenjak cuaca di Adelaide ni panas hari tu. Kalau panas memang bercinta betul nak dok di dapur lama2... makan pun yang simple2 aje. Panas di sini tak sama dengan panas di Malaysia... di Malaysia kalau panas kite boleh lagi berjalan di luar rumah dan ke mana sahaja. Tetapi panas di sini duduk dalam rumah pun dah gelisah dan serba tak kena. Makan pun tak berapa... selera tak ada kalau panas sangat dan asyik dok minum air dan makan ais krim aje. Minggu ni cuaca kembali sejuk... cuaca sejuk mula lah perut rasa nak makan aje... macam2 resepi terlintas dipikiran, rasa semua nak buat. Semalam Zie teringin nak makan kuih bakar, jadi Zie buat lah kuih bakar versi warna kuning ni... resepi sama je dengan resepi kuih bakar sebelum ni, bezanya Zie letak pewarna kuning dan perasa pandan aje.