16 August 2011

Dua2 dah nak balik... huhu...

Iftar kali ni kami jemput Imah dan Haiza dengan famili masing2... Zie masak simple2 je... nasi putih, singgang daging, ayam goreng, sayur campur goreng, sambal belacan, makaroni bakar dan puding karamel as a dessert...

Rasanya ni lah tetamu kami yang terakhir yang akan balik for good. Mereka semua akan balik ke Malaysia dalam masa terdekat ni. Paling awal Haiza dan keluarga... buat Haiza semoga dapat meneruskan perjuangannya di Malaysia dan mencapai apa yang diimpikan.

Imah dah settle PhDnya... best je dengar, dah la dapat siapkan dalam masa 3 tahun je... memang hebat sebab jarang nak dengar orang yang dapat settlekan PhD dalam masa 3 tahun... ye lah buat PhD ni selain daripada usaha dan SV ia bergantung juga pada rezeki. Walau apa pun semoga sesiapa sahaja yang sedang buat PhD berjaya meneruskan perjuangan. termasuklah hubbyku.

Orang dok sibuk makan tapi Amalia asyik dok main dengan Tiha... Amalia boleh masuk dengan Tiha sebab masing2 mempunyai hobi yang sama iaitu minat apa sahaja yang berkaitan dengan princess, Barbie dan warna pink. Amalia memang minat 3 perkara ni kadang2 dok berangan jadi princess la, Barbie lah dan kalau boleh semua barangnya dia nak warna pink. Amalia tak puas bermain dengan Tiha... takpa lepas ni kite jumpa Tiha di Bangi pulak yer... Umar pun nak join sama sebab takde geng... sedih pulak rasa sebab Umar dah nak balik Malaysia. Takpa la nanti kite jumpa di Bangi yer Umar.

Macam biase sesi bergambar... ini la kali kedua hubby gunakan tripod kamera, so boleh la bergambar ramai2 macam ni... kepada Haiza/Azidi dan Imah/Nadzri terima kasih sebab sudi datang. Kak Zie ucapkan selamat pulang ke Malaysia, kite jumpa lagi di Bangi. Kami semua akan tinggal di sekitar Bangi je... so boleh la selalu2 berjumpa yer... Selamat Jalan...

15 August 2011

Iftar rumah Kak Shidah dan Haji Ariff

Hari ni kami ada iftar di rumah Kak Shidah dan Haji Ariff... Zie sempat buat pau goreng je, itu pun inti lain dari yang lain... orang buat pau goreng inti kacang merah, tapi Zie buat inti kelapa dan inti kentang. Kira ok la kan asal bawak sesuatu daripada pergi berlenggang yer. Sekali serang dah habis... Alhamdulillah. Banyak jugak hidangan Kak Shidah sediakan... macam nasi bubur (memang sedap... Zie siap mintak resepi lagi), kentang goreng dan roti sardin. Selain dari tu ada mee hailam, donut dan agar... masa ni tak sampai lagi, so takde la dalam gambar. Semua ni kami makan sebelum sembahyang.

Ada 2 peringkat rupanya... lepas sembahyang Maghrib kami dijamukan dengan nasi ayam pulak... perut dah rasa kenyang sangat tapi nak jugak makan... ye la bila lagi nak merasa nasi ayam Kak Shidah ni.

Aqil dan Amalia time macam ni la baru dapat jumpa kengkawan...

Selepas menunaikan solat Isyak dan terawih... sesi bermain bunga api pulak... part ni la yang paling anak2 suka termasukkan Aqil dan Amalia... hati2 Amalia nanti kena api tu, risau jugak tengok sebab dah lama tak main...

Maklum la setahun sekali dapat main bungapi, tu yang mereka suka sangat walaupun dapat main sikit je... at least terasa sikit suasana nak menyambut raya.

Alhamdulillah perut dah kenyang... solat sudah ditunaikan, sebelum balik macam biase la tak sah kalau takde sesi fotografi he3... Terima kasih pada Kak Shidah dan Haji Ariff sebab sudi menjemput kami...

Kerabu daging

Bahan A:
500g daging
1 biji lemon/ 3 biji limau nipis - ambil jusnya
1 sudu besar serbuk lada hitam
3 cm halia - ketuk
1 batang serai - ketuk
Garam dan gula secukupnya

Bahan hiris:
2 biji cili merah/cili api
1 biji bawang besar
1 batang serai
Daun kesom/ketumbar
Kacang panjang
Bunga kantan

Cara membuatnya:
1. Rebus semua bahan A sehingga daging empuk. Hiris daging dan masukkan ke dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan bahan hiris. Perisakan secukupnya. Sedia dihidangkan.


14 August 2011

Ayam panggang ala2 Kenny Rogers... memang sedap...

Dah bosan dok makan ayam goreng, ayam masak pedas, kari ayam dan masakan ayam yang biase Zie buat. Hari ni Zie try godek2 resepi dalam internet terjumpa la resepi ayam panggang ala2 Kenny Rogers ni. Tengok pada bahan2nya macam senang je nak buat. Dengar pulak bunyinya macam sedap dan rasanya pulak sama ayam di Kenny Rogers terus Zie tergoda... maklum lah Zie and famili ni penggemar Kenny Rogers... mesti sedap ni, mula la excited nak cuba.

Ni la rupa ayam Zie semasa di perap...

Semasa berbuka semua tak sabar2 nak makan ayam ni... lepas makan mak aiiii... memang sedap sangat. Rasa tak cukup pulak seekor untuk kami 4 beranak. Rasa hepi sangat kalau kite masak sesuatu terus menjadi dan dapat sambutan dari famili. Aqil siap bagi markah 10/10... macam masterchef Australia la pulak yer... Hubby pulak siap cakap 'kalau macam ni boleh la bukak restoran'... emmmmmm... kalau ada rezeki teringin la jugak, tapi layak ke???.

Ayam ni lebih sedap dimakan dengan kentang putar, coleslow dan bake bean Zie rasa... kalau makan dengan nasi kite cepat kenyang. Zie lebih suka rantah macam tu je... Lepas ni boleh la buat lagi... rasa tak puas makan. Jadi resepi feveret la lepas ni nampak gayanya... sapa2 nak try boleh la follow resepi ni...

Bahan2:

* 1 ekor ayam

Bahan-2 untuk make up ayam :
* 3 biji bawang besar
* 4 biji bawang putih
* 1 inci halia
* 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
* 2 sudu besar madu
* 1 ketul kiub ayam
* 2 sudu besar gula pasir
* 2 sudu besar herba campuran
* 1 1/2 sudu teh garam halus
* Sedikit air
* Sedikit mentega

1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 2 jam, semalaman pun boleh.
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.


13 August 2011

Kerabu ikan bilis... memang sedap

Bahan2:
Ikan bilis - digoreng
1 biji lemon atau 6 biji limau kasturi - ambil jusnya
3 sudu besar sos ikan
Garam dan gula secukupnya

Bahan hiris:
1 biji bawang kuning
5 helai daun limau purut
5 batang kacang panjang
1 batang bunga kantan
6 biji cili padi
3 batang serai

Cara membuatnya:
1. Satukan jus lemon, sos ikan, garam dan gula secukup rasa.
2. Masukkan ikan bilis dan bahan2 yang dihiris. Kacau rata. Siappppppp...

Ada tamu lagi...

Tamu kami untuk berbuka kali ni Awan dan Mai pulak... Awan memang dah banyak kali datang rumah kami, dan Mai ini la pertama kali dia datang. Hubby memang dah lama kenal Mai dan hubbynya. Zie baru je kenal Mai ni... Mai pun dah tak lama lagi akan balik for good sebab dah habis buat PhDnya... bagus betul dia sanggup berkorban dan boleh study takpa suami dan anak2 disisi dan akhirnya berjaya mencapai apa yang dihajatkan. Awan pun dah tak lama lagi nak submit... best3...

Makanan simple2 je... nasi putih, ayam panggang, daging goreng kunyit, kerabu ikan bilis, labu masak lemak, kuih katayap dan buah sebagai pencuci mulut. Memang menyelerakan... Awan siap cakap macam makan di restoran dan dia cakap Zie boleh bukak kedai kalau macam ni. Biase2 je Awan Zie bukannya terro sangat bab masak-memasak ni. Mai pulak suka makan daging goreng kunyit sebab dia cakap hubbynya selalu masak macam ni... hubbynya orang Kelantan of course la pandai masak daging goreng kunyit ni. Ramai jugak yang suka daging goreng kunyit Zie ni... termasuk la Alin dan famili, Alin siap mintak resepi dan masakan ni dijadikan makanan dia masa dalam pantang.

As a dessert Zie buat kuih ketayap sebab Aqil nak makan sangat... berbuka aje terus Aqil terkam nak makan kuih ni... rasanya 6 biji Aqil makan, memang suka betul dia.

Terima kasih pada Awan dan Mai sebab sudi datang... buat Mai selamat pulang ke Malaysia kejap dan semoga bergembira dengan keluarga yang dah lama tak jumpa. Awan pulak... nanti kite sama2 beraya kat sini yer. Good luck pada Awan dan Mai semoga cepat2 settle PhD.

12 August 2011

Durian oh durian...

Dah lama Aqil dan Amalia teringin sangat nak makan durian kat sini... tapi kami tak belikan sebab kat sini yang dijual hanya durian frozen, mesti tak sedap... Kalau ke Asian Groceries Amalia selalu tunjukkan dalam peti ada durian, tapi kami cakap durian tu bukan untuk dijual tapi untuk buat pameran aje... so Amalia terus ok. Kalau di Malaysia mau mengamuk kalau tak dibelikan... pernah sekali kami ke pasar malam Serdang masa balik Malaysia baru ni.... tak menyempat2 dia nak suruh beli durian... lepas beli senyum lebar la dia. Balik Malaysia baru ni kami sempat 2 kali jugak rasanya makan durian. Entah macam mana Aqil dan Amalia jadi suka sangat makan durian. Masa kecik2 dulu ingat lagi mula2 Zie tunjukkan pada Amalia isi durian... Amalia siap cakap macam tahi kucing (sory yer... kotor sikit). Tapi lepas suap dia rasa sedap kot, then terus suka dan boleh la diibaratkan sebagai 'hantu durian', pantang nampak... kalau nampak dalam tv atau buku pun dah bersorak, inikan pulak kalau dapat yang betul punya.

Durian ni kami beli di Coles... tak pernah2 ada jual durian, tengok2 hari ni ada pulak yang fresh, tu yang kami terus beli sebab kesian pada anak2 yang dah lama nak makan. Tahu tak berapa harga sebijik durian kat sini? Harganya memang boleh tahan mahalnya... ye la durian ni terpaksa naik flight nak ke sini tu yang mahal sangat kot... dan satu lagi susah nak dapat . Kami beli sebijik harganya $14+++, kalau convert duit kite lebih kurang RM45 sebijik fuhhhh... mahal betul. Tapi demi anak2 nak makan kena la belikan jugak.

Isinya boleh tahan jugak... lebih kurang macam durian bakok. Tapi kalau Zie, Zie lebih suka durian yang kecik2... teringat pulak kebun durian di kampung arwah abah, memang sedap sangat jenis duriannya. Tapi tak pasti sekarang ada lagi atau tak... kami pun jarang balik kampung masa musim durian... kalau nak makan pun kami beli di Bangi aje. Berlambak2 orang jual... Pernah sekali zaman study di UKM Zie dengan kawan2 rapat, termasuk felo kamsis tengah2 malam pergi makan durian yang dijual di tepi jalan dekat Shell Bangi, beli dan terus makan kat situ jugak... best2 kalau ingat kenangan tu. Memang hebat betul penangan raja buah ni.

Aqil hepi sangat lepas hubby tunjukkan durian ni, sampai berair mata sebab terharu sangat... Zie pun rasa sedih tengok. Betapa hepinya dia sebab dapat makan durian kat sini. Takpa la Aqil dah tak lama dah, balik Malaysia nanti kite makan puas2... lagi pun di Malaysia sekarang durian sentiasa ada, tak kira musim. Amalia pun sama... siap sayang nak makan risau cepat habis dan cakap 'makan satu je, yang lain simpan esok... nanti Yaya nak makan lagi'. Zie dan hubby jamah sikit je... biar la anak2 dapat makan puas2.

Dalam satu bijik, banyak ulas jugak dapat... Aqil suruh Zie buat pengat dan tempoyak kalau ada lebih. Ok nanti mama buatkan... Alhamdulillah akhirnya Aqil dan Amalia dapat merasa makan durian kat sini.

Tetamu hari ini...

Bulan2 puase ni best kalau dapat jemput kawan2 datang berbuka di rumah. Tak lah kami empat beranak je dok mengadap makanan... tapi walaupun 4 beranak suasana tetap meriah dengan gelagat anak2. Kali ni kami jemput Roslina/Koy dan Nani/Sufian. Kali ni Zie masak nasi tomato, mee/bihun tomyam dan puding jagung. Harap2 tetamu suka lah dengan masakan Zie yang tak seberapa ni yer?

Sambil makan sambil berborak... macam2 topik yang dibincangkan.

Kat sini biasenya tetamu tak datang dengan tangan kosong... mesti ada aje makanan yang dibawak. Nani siap bawak akok... dapat jugak kami merasa makan akok kat sini. Hubby memang dah lama suruh buat akok ni, tapi tak terbuat lagi... padahalnya bukan susah pun... maklum lah dulu Zie pernah buat bisnes akok. Teringat pulak kisah dulu2 yer... memang banyak kenangan semasa Zie buat bisnes dulu. Lain kali la kite bercerite pasal ni...

Pizza ni Ros yang bawak... Ros beli di kedai Farok, nama kedainya Lazat Pizza. boleh tahan jugak pizza ni... untung Farok dapat bukak kedai pizza di sini... mesti dapat sambutan. Beria Ros siap call pagi2... dan tanya Zie sama ada nak pizza atau kek. Zie cakap tak payah beli atau bawa apa2 la... datang makan je, tapi Ros tetap nak beli jugak... dia memang niat nak belanja Zie and famili makan di luar, tapi dah tak sempat so dia belikan aje... Ros dan Koy sampai lewat sikit di rumah kami sebab pergi beli pizza dulu. Kedai pizza tu pulak pukul 4.30 petang baru beroperasi...

Aqil dan Amalia bukan main hepi lagi dapat makan pizza... ye la mama pun dah lama tak buat pizza, tapi yang beli lagi la sedap kan? Takpa nanti siang panjang kite ajak papa pergi makan di kedai uncle Farok ni... mama pun teringin nak tengok kedai dia macam mana...

Ros dan Koy akan pulang ke Malaysia minggu depan... bestnya dengar orang dah habis study... membuatkan hubby pun rasa teruja nak buat PhDnya cepat2. Ros balik agak lewat malam ni, best dapat berbual macam2 dengan Ros... termasuk la pasal barang2 yang dibawa baliknya (huhhh... memang barang2 best aje dia bawak balik), pasal rumah barunya (tak sabar nak tengok rumah Ros ni... mesti cantik). Terima kasih pada Ros/Koy dan Nani/Sufian sebab sudi datag ke rumah kami. Selamat pulang ke Malaysia Ros, nanti kite jumpa di Bangi atau di Bandar Sri Putra yer....buat Koy pulak... kalau datang Adelaide ni sudi2 la singgah ke rumah kami lagi.

09 August 2011

Rupa takde tapi rasa dah ada...

Kalau bulan2 pose ni salah satu kuih feveret Zie ialah kuih tepung pelita... kalau di Malaysia mesti selalu beli walaupun bukan bulan puasa... Pernah sekali masa Zie pregnantkan Amalia sanggup Zie dan sepupu ke Shah Alam semata2 nak beli kuih ni di pasar Ramadhan di Seksyen 26. Pakcik tu memang jual kuih ni je. Memang sedap sangat... boleh dikatakan tiap2 tahun Zie beli, sama ada pergi beli sendiri atau adik Zie bawakkan ke rumah. Masa Zie tengah pregnantkan Amalia tu... Zie rasa dah pergi awal ke pasar Ramadhan nak beli kuih ni tapi kuih yang dijual habis... frust sangat masa tu. Tapi disebabkan Pakcik tu kesiankan Zie, maybe sebab pregnant dia terpaksa bagi yang dia nak sedekahkan ke masjid. Terharu sangat... terima kasih Pakcik hanya Tuhan yang akan balas kebaikan Pakcik.

Di Adelaide ni mana nak cari kuih ni kan... so nak makan kena la proses sendiri... macam biase la Zie kena godek2 resepi dalam internet dan jumpa la resepi Kak Liza ni. Kalau ikutkan banyak resepi atau cara nak buat kuih ni, tapi Zie lebih suka ikut resepi Kak Liza sebab resepinya simple dan mudah. Kebanyakan masakan Zie memang suka ikut resepi Kak Liza dan Alhamdulillah semuanya menjadi.

First Zie buat bekasnya atau dipanggil kelonsong dulu... guna daun pisang, ingatkan susah... rupa2nya senang je, belum cuba belum tahukan...

Ni lah rupanya selepas dimasukkan lapisan bawah... lupa pulak nak snap pic selepas dimasukkan lapisan atas...

Taraaa... ni lah rupa kuih tepung pelita Zie, tak comel macam yang orang jual la... takpa walaupun rupanya tak elok tapi bila dimakan memang sedap, yang penting Zie rajin mencuba... jangan lekas mengalah. Bak kata pepatah 'hendak seribu daya taknak seribu dalih'... tak comel hari ni, next time boleh cuba lagi. Dok di dapur ni macam buat experimen dimakmal lah... kite kena rajin berusaha, walaupun banyak kali untuk mendapatkan hasil yang baik. Alhamdulillah dapat jugak merasa tepung pelita di perantauan ni.

07 August 2011

Meraikan kawan yang akan balik...

Hari ni kami menjemput Alin dan famili ke rumah untuk berbuka. Kali ni Zie masak simple2 je... nasi kerabu, bihun goreng dan puding belang2, apa lagi kalau bukan puding roti pelangi hehehe... Kami jemput Alin dan famili sebab 2 minggu lagi mereka akan balik terus ke Malaysia.

Selamat menjamu selera kepada Alin dan famili... sory ye kalau makanan kurang rasa, maklum la pose2 ni tak boleh nak merasa. Main agak2 je...

Alhamdulillah Alin dan famili berselera sangat makan...

Aqil dan Amalia malu2 pulak so mereka makan di dapur aje. Aqil malu sebab Alin ni ramai anak dara kot, anak bujangnya sorang je yang sulung tapi tak datang la pulak kali ni. Satu lagi kami jarang2 jumpa dengan famili Alin ni, tu yang Aqil dan Amalia tak rapat sangat dengan anak2 Alin ni.

Alin akan pulang ke Malaysia pada 18 Ogos ni... selamat pulang dan selamat menempuhi kembali kehidupan di Malaysia nanti. Semoga semuanya di permudahkan. Balik Malaysia nanti jangan senyap je... selalu2 la bersiaran diFB yer... terima kasih kerana sudi datang dan maaf kiranya ada sebarang kesilapan dan kekurangan dari kami sekeluarga. Kite jumpa lagi di Perlis Indera Kayangan yer...

Al-fatihah


Hari ni genaplah 2 tahun abah kembali ke rahmatullah, semoga arwah abah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan sentiasa dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Iftar...

Ramadhan ke 6 kami dijemput oleh MyPSA ke majlis iftar yang diadakan di rumah Hai/Deris di Salusbry. Pada asalnya kami taknak pergi sebab malam2 hubby tak boleh drive sangat... matanya silau dan satu lagi Amalia tido awal, risau pulak kalau dok menangis mengganggu orang nak sembahyang. Tapi akhirnya kami pergi jugak sebab Aqil ajak lepas dia tahu Ika dan Danish pun pergi sama. Last minit nak pergi so tak sempat buat kuih banyak2... sempat buat popia sikit je, sebab inti memang dah ada.

Kami dijamu nasi dengan gulai kambing dan ayam BBQ... ada lagi lauk2 lain tapi tak berkesempatan nak ambil. Kuih2 memang banyak potluck dari tetamu yang datang... dapat merasa satu dua aje sebab kaum bapa dok mengelilingi meja...

Aqil dan kaum adam yang lain menjamu selera di luar rumah...

mak2 pulak di dalam rumah...

Sembahyang Isyak dan terawih... kami tak tunggu sampai terawih sebab Amalia dah buat hal... ajak balik. Lagi pun cuaca hujan dan sejuk sangat malam ni. Terima kasih kepada yang menjemput.

02 August 2011

Niat dan doa...

Lafaz niat puasa :

Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Lafaz niat puasa sebulan :

Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala

Doa berbuka puasa :

Allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

01 August 2011

Juadah ringkas untuk berbuka di hari pertama berpuasa

Alhamdulillah Aqil berjaya menunaikan puasa dihari pertama ni... tak macam tahun lepas asal je petang Aqil merungut lapar dan cakap nak buka puasa sebab tak tahan. Tapi akhirnya Aqil berjaya jugak puasa sebulan. Kali ni Aqil hepi sangat berpuasa dan takde dah cakap lapar atau letih2 macam last year.

Juadah berbuka hari pertama berpuasa, ringkas je... tomyam, daging masak merah (ni lauk semalam tau... membazir kalau tak makan, jadi makan je la...), kuih pulak jemput2 roti dan sudah semestinya kurma. Hari pertama puasa dah tak tahu nak masak apa... nak habiskan sebulan tak tahu la macam mana yer... apa2 pun Alhamdulillah.

Kelebihan Ramadhan

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.

    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam LinkLailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).
Sumber : kat sini