24 April 2012

Amalia dah masuk primary school...

Alhamdulillah dah besar anak mama... hari ni hari pertama Amalia belajar di East Marden Primary School as a receptions student. Dapat la Amalia bersekolah bersama Aqil dan kawan2 rapatnya di sini iaitu Ika dan Zakuan. Term ni senang lah papa atau mama sebab Aqil dan Amalia dah sekolah sama, senang lah nak hantar dan ambik... sekali je...

Tengok tu... bukan main hepi dan bersemangat Amalia nak ke sekolah... mama harap hari2 Amalia macam ni tau. Jangan pulak esok lusa ada yang menangis taknak ke sekolah.

Mulai hari ini Aqil kena tengok Amalia sama tau di sekolah... semoga Aqil dan Amalia rajin2 belajar dan berjaya yer...

Mak mana yang tak risau kalau hari pertama anak mereka bersekolah... termasuk lah Zie ni, bukan apa risau bab nak ke toilet, bab nak makan, bab berkawan, bab bermain dan macam2 lagi la... macam2 pesanan Zie pada Amalia sebelum dia ke sekolah. Mama harap dan berdoa sangat semoga Aqil dan Amalia pandai jaga diri dan uruskan diri, sentiasa selesa dan selamat sepanjang berada di sekolah.

Hubby  pun turut sama menghantar Aqil dan Amalia dihari pertama persekolahan.


 Ini la kelas Amalia... nama teachernya Miss McGregar. Mujur kelas Aqil dan Amalia bersebelahan aje... senang la nak berjumpa time rehat.

Alhamdulillah hari pertama bersekolah sudah berakhir... Amalia nampak letih, maklum lah sebelum ni di kindy separuh hari je. Sekarang bersekolah di sini lebih kurang 8 jam Amalia berada di sekolah. Awal2 ni Amalia memang akan terasa penat sikit... lama2 nanti dah biase ok la. 

Semoga anak2 mama sentiasa rajin, bersemangat nak ke sekolah dan yang paling penting pandai jaga diri sepanjang berada di sekolah. All the besttt...

No comments:

Post a Comment