Rasa macam dah lama tak update blog ni, bukannya apa sibuk dok layan Yaya yang suka tengok youtube, main games, tengok CD dan macam2 lagi. Satu lagi alasan yang paling tepat malas dan lebih suka layan FB daripada blog.
Dah sebulan lebih kami di Adelaide. Banyak perkara baru yang kami terpaksa tempuhi dan hadapi kat sini. Terutamanya dengan cuaca sejuk... setakat ni yang paling rendah ialah 2 degree. Kami dah boleh adapt dengan cuaca sejuk kat sini tetapi kadang2 rasa tak tahan jugak. Banyak perubahan yang kami lalui sepanjang tinggal kat sini antaranya :
- dari segi kesihatan... kami dah 2 kali selsema dan batuk2... aku dan Yaya siap berdarah hidung lagi sebab sejuk sangat. Awal2 dulu rasa seksa dan tertekan jugak. aku kesian tengok Yaya bibir siap pecah2 dan berdarah lagi. kulit kami jadi kering kat sini dan sentiasa kena sapu losyen. masalahnya nak sapu losyen pun satu masalah sebab losyen tu sejukkkkkkk... Aqil dan Yaya menangis kalau aku nak sapu losyen terutama lepas mandi. kalau tak sapu losyen kulit kering dan akan jadi gatal. aku pelik jugak... ingatkan dok negara sejuk kulit akan elok, rupa2nya sebaliknya.
- sebut pasal mandi... dok sini kami jimat air sebab mandi 3 hari sekali dan kadang2 Aqil dalam seminggu mandi sekali je. padahal air panas ada dan heater pun ada tetapi kami tak tahan sejuk selepas mandi tu. masalah ini sampai sekarang... tambah2 nak winter ni lagi la malas dan takut nak mandi. nak ke toilet pun kadang2 memikir malasnyaaaaaaaa... sebab sejukkkkk... satu lagi masalah besar toilet sini takde paip dan lubang untuk saluran air keluar... orang sini guna tisu je. tension jugak dibuatnya awal2 dulu... buang tempat lain, basuh tempat lain... bukan ke masalah tu. tapi lama2 kami terpaksa & boleh hadapi.
- dari segi pakaian, kami terpaksa memakai pakaian berlapis2 dan tebal2, pakai stokin (indoor & outdoor) dan sarung tangan, malam masa tido aku pakai penutup kepala (macam anak tudung tetapi menutupi telinga, boleh hilangkan sejuk, entah apa ke bendanya orang panggil) kalau awal2 dulu sebelum beli benda alah ini aku tido siap pakai tudung lagi. Aqil pergi sekolah pun pakai 3/4 helai baju tiap2 hari.
- tido malam kena pakai electric blancet dan selimut berbulu... baru boleh dan sedap tido, kalau tidak nak naik atas katil pun takut sebab sejuk... pegang batal sejuk, pegang selimut sejuk... semua sejuk. setiap kali nak tido dok mikir macam mana la nak tido malam ni. lepas beli electric blancet ni baru ok. Aqil dan Yaya pun dapat tido lena. kalau dok Bangi Yaya tido pakai pampers je...he3... kalau sejuk sangat kena pasang heater lagiii... pasang heater pun satu masalah jugak sebab kulit jadi kering dan hidung rasa pedih. kena pasang kejap2 je.
- dari segi makan, kalau dok Bangi kami selalu kuar makan kat luar, beras 5kg 2 bulan tak habis lagi. dok sini kedai halal tak banyak dan jauh dari rumah kami. aku kena la masak tiap2 hari dan kadang2 dok mikir nak masak apa la hari ni... putus idea. aku selalu masak kari dan masak lemak dok sini sebab Aqil dan Yaya suka. lauk yang kami kerap makan ialah ayam dan daging. ikan sini pelik2... aku tak suka. sea food jarang2 sebab mahal kat sini. bahan mentah tak semua ada kat sini terutama kelapa parut dan santan, aku guna coconut cream je untuk masak. tokleh nak buat nasi kerabu la kat sini sebab takde kelapa parut dan ikan yang best. Aku masak petang dan masak banyak terus untuk tengahari esoknya... sebab kat sini makanan tak basi walaupun 3/4 hari.
- xtvt hari2 pulak..... siang layan Yaya, (layan internet - youtube/main games/puzzle dll) mengemas/membasuh/masak. tapi aku selalu masak petang lepas Aqil balik sekolah sebab tengahari Yaya suruh layan dia je. pukul 2.30 pergi ambil Aqil kat sekolah. petang masak. malam lepas sembahyang Isyak dinner & tengok tv/layan FB. dok sini pukul 9 kami dah tido sebab sini 5.11 dah Maghrib dan 6.35 dah Isyak. sebut pasal sembahyang pun kadang2 sembahyang hampir2 dengan waktu selepas tu sebab tak nak ambik air sembahyang banyak kali... sejukkkkkkk... (tak baik kan? tapi sekarang dah ok... lepas ambik air sembahyang terus dok kat heater supaya tak sejuk sangat)
kak zi, jenuh jugak eh nak hadapi sejuk kat sana..
ReplyDeleteina p cameron highland pun tak sanggup nak mandi inikan pula kat adelaide..
apa kata losyen tu letak dekat2 dengan heater or time nak masak letak kat tepi2 pan tu utk suamkan losyen tu..
bestnyer...macm teringin nak merasa tinggal kat tempat org....
ReplyDeleteawal2 dulu rasa tak suka dok sini... lama2 rasa seronok pulak, tapi kalau pikir bab makan memang tak boleh lawan di Malaysia
ReplyDeleteAnonymous ada blog tak boleh la share...