Aktiviti Aqil hari2 biase kat sini ialah pukul 8.30 pagi hingga 3 petang Aqil ke sekolah. Petang balik mesti ajak papanya main bola sepak, ragbi atau flying ring sama ada main di belakang rumah atau di padang. Malam lepas sembahyang Maghrib dengan papa Aqil mengaji, papanya yang ajar. Lepas mengaji Aqil baca buku pulak. Lepas tu baru la Aqil main mainan dengan Yaya sambil tengok tv. Rancangan feveret kami kat sini malam2 ialah Masterchef iaitu rancangan pertandingan memasak. Rancangan ni memang rancangan feveret rakyat oz. Macam sekarang ada World Cup Aqil akan tengok bola sampai la dia tertido.
Kalau hujung minggu Aqil macam biase mesti ajak kami pergi jalan2 dan kalau ke shopping complex mesti nak beli mainan, kalau tak beli mesti muncung je. Kadang2 kite nak tengok dan beli barang kite dulu pun tak bagi, kadang2 geram jugak dibuatnya. Yaya pun dah terikut2 perangai Aqil. Begitu jugak kalau ke garage sale, tak sah kalau tak beli mainan. Tapi kat garage sale takpa la mainan murah dan kadang2 dapat free je.
Aqil suka ke sekolah sebab kat sini banyak aktiviti yang menyeronokkan. Aqil paling hepi kalau dapat main bola kat padang. Aqil jugak sertai gimnastik di sekolahnya. Beban sekolah kat sini pun tak banyak, misalnya nak ke sekolah tak perlu bawak bag yang berat, just bawa bekal je dan yang paling Aqil hepi homework takde pun sejak sekolah kat sini, just baca buku je.
Tapi ada satu perkara yang Aqil tak suka iaitu Aqil terpaksa bawak air masak je ke sekolah, makanan manis2 pun tak boleh. Bekal yang boleh Aqil bawak ialah air masak, fruit dan healthy food sahaja. Awal2 dulu kalau Aqil bawak air masak langsung tak diminumnya. Sekarang Aqil dah suka minum air masak. Kalau dulu langsung dia taknak minum air masak, siap kena paksa lagi.
Dari segi pelajaran Aqil memang cepat belajar... dalam masa lebih kurang dua minggu Aqil dah boleh speaking. Aqil cepat faham apa yang dipelajari dan apa yang didengar. Awal2 dulu aku risau jugak kalau2 Aqil taknak ke sekolah, tapi sebaliknya Aqil hepi ke sekolah. Balik dari sekolah ada aje perkara yang nak dia ceritekan pada kami.
hobi Aqil main bola sepak... kalau boleh dalam rumah pun dia nak main. kadang2 paksa Yaya dan aku main bola dengan dia
Petang Aqil selalu ajak papanya main bola sepak, ragbi, flying ring atau indoor games. Kalau cuaca ok dan tak sejuk sangat baru la boleh main kat luar. Kalau tidak nanti selsema pulak.
BERSAMBUNGGGGG...
BERSAMBUNGGGGG...
No comments:
Post a Comment