17 February 2009

Sibuk Mengisi KPLI

Selepas selesai mengisi DPLI, hari ini aku pergi beli no.pin KPLI pulak. Lepas rehat dok mengisi KPLI la. Keje pun takde nak buat, sebab bos pergi Parlimen. Aku pilih bidang Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran sebab yang lain tak kena dengar krusus ijazah aku. Kalau ikutkan yang ni pun tak kena langsung tapi melihatkan pengalaman yang lepas2 ramai orang dapat Pendidikan Khas, jadi aku terpaksa lah pilih. Lepas isi borang permohonan aku pikir balik... kalau aku dapat bidang ni boleh ke aku mengajar budak2 khas ni???
Aku tanya pendapat kawan2 dan adik aku yang telah menjadi guru. Kawan aku G-jah memiliki ijazah Sarjanamuda Pengurusan Perniagaan, tetapi dapat menjadi guru Pendidikan Khas. Menurut G-jah menjadi guru P. Khas ni relaks dan muridnya tak sampai pun 10 orang sekelas. Penilaian tidak diperlukan sama ada murid tu pandai atau tidak. Kalau pandai bagus lah kalau tak pandai nak buat macam mana tak boleh nak paksa. Kalau dipikir2kan macam best tapi aku tak sanggup nak berhadapan dan mengajar budak2 macam tu la... Jadi aku call pulak tanya adik aku. Adik aku ni tak mengajar budak2 khas, dia mengajar budak2 biasa ni. Aku tanya dia perbezaan P. Khas dengan Pemulihan. Pemulihan ni mengajar budak2 normal tetapi yang jenis slow learner (lembab la kot). Aku pikir2 balik aku prefer mengajar budak2 macam ni. So aku tukar balik permohonan aku kepada bidang Pemulihan. keputusan Muktamad. Kalau ada rezeki aku dapat. Tawakal aje lah.

No comments:

Post a Comment