15 February 2009

Upin & Ipin punya pasal...


Sabtu - Petang aku, abang dan Aqil ke Alamanda nak pergi tengok wayang cerita Upin & Ipin. Tapi tiket semua dah kehabisan fully book. Aku da Aqil siap beratur dah tiba2 orang di tempat beli tiket itu buat pengumuman menyatakan tiket dah habis. Aqil frust dan sedih jeee... ramai orang lain pun tak dapat beli. Kami jalan2 je laaa... di Alamanda tu. Kejap je. Kemudian kami balik. Aqil siap menangis lagi sebab frust tak dapat tengok cerita Upin & Ipin. Aqil dan Amalia memang minat cerita Upin dan Ipin. Aku pun suka jugak... sebab comel je tengok Upin & Ipin tu, suaranya cute jeee... Amalia kami tak bawak, lagi pun dia tidur. Balik rumah abang terus buat reservation untuk tiket esok... tapi semua dah fully book. Memang ramai betul peminta cerita ini. Akhirnya ada jugak tiket untuk petang esok 5.30 petang di panggung wayang Mines, Serdang. Abang terus booking... baru lah muka Aqil nampak ceria.

No comments:

Post a Comment