Aku dan ramai member2 dapat exam PTD pada 21 Febuari 2009. Kalau ikutkan hati malas dah ni nak pergi exam tersebut... sebab dah banyak kali exam tak lepas2 jugak, tak ada rezeki...emmm... tak tahu laaa bila nak lulus. Seingat aku pernah sekali aku pergi exam masa tu aku dalam pantang anak sulung , Aqil pada tahun 2002 dan ada jsekali aku tak pergi exam sebab dah bosan asyik exam je tapi tak lulus2 pun. Tahun ni tahun terakhir untuk aku memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam, sebab umur aku dah '35' tahun uuhhhuuuuuu... dah tua aku. Adakah rezeki aku untuk tahun ini??? Cubaan terakhir... kalau tak lulus jugak memang takdir aku untuk tidak berkhidmat dengan Kerajaan. Mungkin rezeki aku dibidang lain... Tuhan aje yang tahu. Aku mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan.
No comments:
Post a Comment