Hari ini Ahad aku tak ke mana2 dok rumah je melayan Aqil dan Amalia. Pagi abang ada kelas OUM. Petang ingat nak pergi tengok cerita Upin & Ipin di Mines tapi Amalia dah terjaga dari tidur. Kesian pulak nak tinggalkan dia dengan MIL, hujung2 minggu macam ni lah dia nak bermanja dan bemain dengan aku. Abang dan Aqil je lah yang pergi tengok cerita tu. Takpa laaa... aku melayan Amalia kat rumah je laaa... Amalia pulak asyik layan internet jeee... tengok macam2. Sekarang dia berminat tengok orang menari poco-poco. Sambil dia tengok dia tiru gaya orang tu menari. Suka tengok gelagat dia... CoMeL AnaK MaMa... Amalia jugak suka tengok masjid dan orang azan. Khusyuk kalau dia tengok orang azan.
No comments:
Post a Comment