Hari Isnin lepas, aku datang kerja sekejap je sebab abah call doktor nak jumpa anak2, kanser abah dah stage 4. Dup... bergetar jantung aku. Suara abah macam sedih je. Aku terus call adik- beradik aku beritahu dan kami mengambil keputusan hendak balik kampung. Kesian abah... diberi ujian sebegini oleh Allah. Aku sedih sangat memikirkan keadaan abah. Aku terus balik rumah mengemas apa yang patut. Pergi cari tiket Airasia di warta tapi tak boleh beli sebab sistemnya offline. Tunggu wak belikan. Petang wak call beritahu tiket jam 7.20 di LCCT. Kami semua balik, sampai di airport jam 9.30 malam. Nasib baik Yaya ok je tadi. Ila family dan Bja datang ambik kami. Kami makan di restoran matahari sebelum pergi HUSM. Lepas makan kami ke HUSM. Tak sabar aku nak tengok keadaan abah. Sampai je di dalam wad aku tengok abah dan ma takde kat situ. Rupa2nya ada di tandas, abah nak sembahyang Isyak. Tengok je abah aku jadi sebak, sedih dan terkejut. Abah kurus betul dan tak larat je. Lepas abah sembahyang aku bersalaman dan berpelukan dengan abah sambil menangis. Aku tak dapat tahan lagi aku menangis sepuas2nya. Wak pun sama. kami tak duduk lama situ sebab masa tu bukan waktu melawat. Kami balik rumah ma. Letih...
Selasa - Abah akan dibedah hari ni. Kami pagi2 lagi dah ke HUSM. Aku tinggalkan Aqil dan Yaya di rumah bersama MIL. Kesian nak bawa mereka nanti keletihan. Aku menjaga abah bersama2 ma dan adik-beradik abah yang lain. Ila & anak2 dan Bja tunggu di luar. Aku urut abah... memang kurus betul abah... masa aku urut terasa dan nampak tulang kaki abah. Kesian abah, muka pun nampak cengkung je. Abah tak berselera makan. Dalam pukul 3 petang aku dab Bja balik untuk ambil Aqil dan Yaya. Tak sempat kami ke hospital Ila beritahu abah akan di bawa masuk ke bilik bedah iaitu jam 3 lebih. Aku bercakap menerusi telefon dan beritahu aku doakan abah selamat. Kami cepat2 ke hospital. Berdebar je rasa sepanjang menunggu abah dibedah. Kami semua mendoakan abah selamat. Dalam pukul 5 lebih abah siap menjalani pembedahan. Syukur abah tak di masukkan ke ICU. Kami bergilir2 masuk melihat abah. Abah sedar tetapi masih keletihan kesan dari ubat bius. Kemudian abah di bawa masuk ke wad Intan semula. Kami semua berada di sisi abah masa tu. Kami melihat perut abah yang ditebuk dan dikeluarkan usus... mulai saat itu abah akan buang air besar dari situ. Sedih aku tengok keadaan abah... dan merasakan betapa besar kuasa Tuhan... dan manusia diberi oleh Tuhan mempunyai kepakaran untuk mengubah semua itu. Ramai saudara-mara yang datang. Kami semua mendoakan abah cepat sembuh. Petang kami balik... ma, wak dan eg jaga abah malam tu.
No comments:
Post a Comment