Abah aku berumur 63 tahun, seorang yang garang tetapi abah peramah, baik hati dan suka buat lawak. Kalau tengok keadaan abah sekarang memang jauh beza. Aku sedih sangat tengok keadaan abah sekarang. Kalau dulu, masa aku call abah mesti abah cepat2 jawab dengan semangat dan gembira " assalammualaikum kak... ada apa ni telefon?" tetapi kalau sekarang dengan suara yang tak bermaya, perlahan dan dan kadang2 suara tak jelas yang menyambut panggilan aku. Sedih sangat!!!.
Abah aku ni suka pelihara burung dan ayam. Aktiviti ini abah suka sejak zaman abah jadi askar lagi hingga la sekarang. abah suka pergi memikat ayam dan burung, masa sihat abah sibuk dengan memberi makanan burung2 dan ayam2 ternakannya. Abah sanggup berhabis kerana hobinya ini. Abah jugak telah memenangi banyak pertandingan. Kalau tengok rumah aku dulu penuh dengan sangkar2 burung tetapi sekarang burung yang ada pun, ada yang dah mati kerana kelaparan, ayam tiada yang menjaganya siap kena curi lagi dan ada setengahnya abah dah bagi pada orang. Selain abah tiada yang berminat. sebenarnya kami tak suka abah pelihara ayam dan burung tetapi nak buat macam mana itu la hobi abah.
Zaman askar dulu abah adalah anggota MP (militry police). Abah pencen masa berpangkat sarjan. Abah garang kalau aku ingat masa muda2 dulu. Kami adik-beradik pun takut dengan abah. Nak apa2 mesti melalui ma. Ma banyak bersabar dengan abah. Aku respek ma. Rindu pulak aku pada saat itu.
Sekarang abah terlantar aje di atas tilam... tak boleh bangun, malah duduk pun. Abah terpaksa pakai pampers dah sekarang. Sentiasa berulang-alik ke hospital dan berubat kampung. Ya Allah sedihnya... semoga Allah tabahkan hati abah dan kami semua. Kami akan cuba sedaya upaya untuk memberi sokongan dan mengubati penyakit abah.
Masa aku pregnant abah la orang yang paling sibuk menyediakan makanan yang aku idamkan seperti burung merpati putih goreng, nasi ayam kukus (beli di tempat kerja abah di Kota Bharu), air kelapa dan banyak lagi. Abah akan cuba memenuhi permintaan anak2nya. Satu lagi yang aku tak akan lupakan abah selalu menghantar kami ke sekolah dan mengambil kami di sekolah. Abah tak benarkan kami menaiki bas atau lain2 kenderaan. Abah sanggup bersusah-payah. Teringat lagi aku pada masa tuuu... terima kasih abah.
Kalau masa aku takut apa2 seperti katak, tikus atau apa2 aje... orang pertama yang aku akan panggil ialah abah. Baru2 ni pun masa balik kampung adik ipar aku menjerit dan melompat ke atas kerusi sebab takut katak... aku pun sama2 spontan menjerit dan lompat naik ke atas kerusi, padahal aku tak tahu pun katak atau apa masa tu. Tiba2 aku menjerit panggil abah... abah... sedangkan abah terlantar sakit di ruang tamu. Sekali ingat nak tergelak tetapi kalau ingat balik sedih pun ada sebab abah dah tak terdaya nak menolong aku. Wak yang datang membuang katak tersebut.
Satu lagi zaman ma dan abah berniaga... best je kalau ingat balik zaman tu, aku adik-beradik kecik2 lagi. Masa aku dah berumah tangga ni pun abah dan ma sempat berniaga. Aku ku kenang saat indah itu.
Abah suka buat lawak... ingat lagi di HUSM abah sempat buat lawak dengan pesakit yang ada ketumbuhan dalam otak. Pesakit itu terpaksa dicukur kepala hingga botak, ditanda dan di letak alat (alat tu bulat macam kancing baju). Doktor letak sebagai tanda untuk pembedahan. Pesakit tu baru lepas SPM, budak tu kata malu la pakcik kepala macam ni. Abah jawab " malu apanya susah nak cari kepala orang lain mana yang ada macam ni, kecuali orang yang bermain gusti". Kami semua tergelak masa tu. Banyak lagi lawak2 abah... rindunyaaa... uuhuuu!!!. salah satu masa lalu kubur abah kata kenapa nak takut sebab kat kubur ramai orang.
Abah seorang yang suka budak2, abah sangat rapat dengan cucu2nya. cucu yang paling rapat ialah Risya dan Syira sebab dia orang dok dekat. abah sayang cucu2nya lebih dari sayang anak2nya. ma cakap masa kami kecik2 dulu abah la orang yang pertama akan mengambil tindakan kalau anak2nya nangis seperti jaga malam dan membuat susu. sekarang aku tengok pada cucu2nya pun abah buat perkara yang sama, kalau cucu2nya menangis abah akan cepat2 bagi respon dan suruh kami buat itu ini dengan cepat. lagi satu abah tak suka dengar budak2 menangis.
Abah seorang yang tegas dan garang kalau tak kena caranya. Ingat dulu2 kami selalu jugak kena marah. kalau anak2 lelaki selalu kena pukul (masa dah besar2 la). takpa untuk kebaikan kami jugak.
walau macam mana pun kami sayang abah dan kami sentiasa mendoakan abah cepat sembuh. banyak kenangan kami bersama abah dan semuanya kenangan indah dan kami tidak akan lupakan. KAMI SAYANG ABAH. Al-fatihah.
No comments:
Post a Comment