Jumaat lepas aku balik kampung tengok keadaan abah. Kesian betul aku tengok abah makin kurus dan sekarang dah tak boleh bangun. Duduk pun tak boleh. Ya Allah besar betul dugaan yang terpaksa abah hadapi. Kami adik-beradik bergilir2 menjaga abah. Abah hendak orang urutnya setiap masa. Masalah abah sekarang dia selalu tak boleh bernafas.
Pada hari Ahad abah nak balik kampung, abah kata dia nak mati di kampung. Sedih aku tengok keadaan abah. Di kampung keadaan abah makin teruk selepas pulang dari klinik. Nafas abah tersekat dan dah nampak macam nazak, kami semua kesian tengok keadaan abah. Aku tak sanggup nak tengok abah masa tu. Kami semua pakat membaca surah yassin dan mengajar abah mengucap. Abah pun baca sama, abah memang dah hafal yassin. Aku sedih betul tengok abah baca yassin dalam keadaan dia sakit macam tu. Tuhan aje yang tahu kami semua menangis tengok abah. Aku membaca yassin sambil menggosok abah. Abah membaca yassin sehingga habis. Lepas habis baca yassin keadaan abah ok, abah boleh tido. Petang keadaan abah ok dan boleh berbual dengan kami. Aku dan EG bercadang balik KL lepas Asar tetapi memandangkan keadaan abah macam tu kami bercadang bertolak lewat malam.
Lewat malam kami bertolak ke KL. Aku salam dan mencium dahi abah, aku beritahu abah aku akan balik pulak nanti. Aku terpaksa balik Bangi sebab Aqil dan Yaya aku tak bawa balik kali ni. Abah cakap Insya Allah. Kalau ikutkan aku tak sampai hati nak tinggalkan abah dalam keadaan macam tu tapi terpaksa. Di kampung ramai adik-beradik abah yang boleh tolong bergilir2 menjaga abah. Dalam perjalanan yang tidak sampai setengah jam aku terima sms dari Ila yang menyatakan abah nak ke hospital sebab tak boleh bernafas. Kami membuat keputusan tunggu dulu di sebuah kedai kopi untuk mengetahui keadaan abah macam mana. Selepas mendapat tahu keadaan abah macam biase aje... kami bertolak ke KL. Abah dimasukkan ke wad di hospital Pasir Puteh.
Dalam perjalanan aku rasa takut sebab kereta tak banyak. Kami pulak semuanya dalam keletihan. EG berhenti 2 kali untuk tidur dulu sebelum meneruskan perjalanan. Kami sampai Shah Alam pada pukul 11 pagi. Aku drive sendiri pulang ke Bangi. Aku EL hari ini.
Semoga abah tabah menghadapi dugaan Allah dan semoga abah cepat sembuh. Amin.
No comments:
Post a Comment