27 February 2011

ooooo...oooo... balik kampung hati giranggg...

Tak sabar rasanya nak balik kampung... paling tak sabar nak jumpa ma dan adik-beradik aku. Kali ni kami balik naik keretapi lagi. Kalau ikutkan aku malas nak naik keretapi sebab perjalanannya ambil masa lama sangat dan suasana bising je masa perjalanan. Tapi hubby yang nak naik sangat... ikut je la...


Kali ni Yaya tak menangis macam mula2 dia naik keretapi dulu... tido lena je dua beradik ni walaupun keadaan bising. Aku memang tak boleh tido... kejap2 sedar, sebab bising dan sibuk dengan orang lalu-lalang.

Bila nak sampai ni papa? lambatnya...

Aqil dah bosan la...

Tak sabar rasanya... lambatnya nak sampai.

Akhirnya kami selamat sampai selepas lebih kurang 12 jam perjalanan... huhhhhhhhh... memang meletihkan.

Alamak kenapa Yaya tinggal sorang je kat sini... mana orang lain? Masa ni hubby tengah mencari kereta tambang untuk hantar kami ke destinasi yang nak di tuju... maklum la takde yang nak menjemput.

Alhamdulillah kite dah sampai...

Jommmm... nak ke mana yer lepas ni?

No comments:

Post a Comment