26 November 2009

Perjalanan balik kampung

Hari ini ramai yang keje half day kerana nak pulang ke kampung bagi meraikan Hari Raya Aidiladha. Pada mulanya aku tak nak balik kampung sebab cuti tahunan aku dah habis. Tup.. tup... aku call Wak dan Wak tak balik lagi, jadi dia ajak kami balik dengan dia. Aku ambil cuti separuh hari untuk balik ke kampung. Kami bertolak balik dalam pukul 3 petang. Seronok Aqil dan Yaya sebab dapat balik kampung. Tetapi jalan jam giler2 dari Kuala Lipis sampai la ke Kuala Krai. Rasa tension jugak... kalau tahu la jam seteruk tu aku memang tak balik. Nasib baik Aqil dan Yaya ok sepanjang perjalanan... risau jugak aku kalau2 Aqil dan Yaya muntah atau meragam. Rasa macam dah serik... lain kali memang tak boleh dah balik last minit macam ni. Kalau terbang takpa. Kami sampai jam 3.30 pagi kat rumah. Sama sampai dengan Eg. Memang penat betul. 12 jam dalam perjalanan huhuhuhuuuuuu... tension2.

24 November 2009

16 November 2009

Aktiviti Hujung Minggu







Aktiviti 5S

Yaya dengan air 'summer'

Aqil yang teringin sangat nak makan di Kenny Rogers

Bestnyaaa...

Aqil pening la pulak...


Happy Yaya...

Aqil pun sama

Yaya tak bagi masukkan duit syiling... nak dok gitu je

Di Carrefour... "Yaya nak try bawak kejap jeee..."

Habis semua basikal Yaya nak try naik... Aqil cakap Yaya nak tido sini ke?

Yaya keletihan... terus tertido

Aqil dok melukis Ben-10

Sabtu, aku kena datang ke ofis sebab aktiviti 5S tak habis2 lagi. Tengahari balik... layan Aqil dan Yaya. Aktiviti biase dan chat dengan hubby di OZ.

Hari Ahad aku membasuh sebab semalam ke ofis, kalau tidak aku membasuh hari Sabtu. Lepas settle semua keje rumah kami ke Alamanda. Bawa Aqil dan Yaya jalan2... dah lama rasanya tak bawa mereka ke sana. Aqil nak makan di Kenny Rogers, lepas makan kami jalan2 dan main mainan yang kena masuk duit syiling tuuu... entah apa ke namanya benda tuuu... Aqil siap bawak banyak duit 50 sen untuk main benda alah tuuu... sebab kena masukkan duit 50 sen dua keping setiap kali nak suruh benda tu bergerak. Lepas tu... Yaya biase la kalau dah berjalan2 susah nak balik, aku dukung je bawa masuk dalam kereta. Balik singgah beli makanan pulak di Caiyo Bistro...

Sampai je rumah Yaya terus tido... mengantuk dan letih kot. Aqil macam biase la terus main games. Aku tengok Nur Kasih di TV3 online... baru episod 19. Lepas2 ni kena sambung tengok episod seterusnya sebab ada episod2 yang aku termiss. Nak teruskan hujan dan petir la pulak. Apa lagi aku tido je la, sementara Yaya tido ni la aku boleh tido jugak. Lebih kurang pukul 8 malam baru aku bangun... almaklum la aku bercutiii...

Yaya bangun lepas tuuu... malam tadi dia tido pukul 2 pagi sebab tak mengantuk... sebelum tu aku, Aqil dan Yaya mengemas mainan mereka yang bercampur-aduk. Harap2 aku tak mengantuk la hari ni sebab tido lewat malam tadi.

09 November 2009

Bawa Aqil dan Yaya jalan2



Breakfast di Restoran Sri Balang





Di Warta (nasib baik aku bawa duit syiling 50 sen banyak... boleh la Aqil dan Yaya naik mainan niii... Yaya sampai dua tiga kali ulang)

Hari ini bawa Aqil dan Yaya jalan2 di Warta dan McD. Sebelum itu kami pergi breakfast di Restoran Sri Balang. Pada mulanya aku plan nak bawa mereka ke Alamanda tapi Aqil tak nak sebab nak balik awal, dia nak tengok tv... cite bagugan. Sampai je depan rumah Yaya menangis tak nak masuk... "nak jalan2... nak jalan2"... lepas aku pujuk kite makan ais krim dulu baru la dia nak masuk. Petang dok rumah jeee...

08 November 2009

Bisness tudung





Pagi aku, Aqil, Bja dan kawannya ke KL untuk beli tudung. Aku berminat jugak nak berniaga. Aku ambik dalam 40 helai lebih nak cuba jual kat ofis. Moga2 Tuhan permudahkan. Amin. kepada sesiapa yang berminta nak membeli tudung ala2 Ariani boleh la contact Zie. Memang sebijik macam Ariani dari segi kain, design dan sedap pakai macam Ariani punya, tetapi harga lebih murah.

Piala Malaysia 2009 menyebabkan Aqil kecewa

Diawal perlawanan

Serius jeee... anak mama ni

Aqil siap berdoa supaya Kelantan menang

Siap meniarap

Aqil menangis Kelantan kalah

Aqil dengan penuh semangat mengharapkan Kelantan menyumbat gol... tapi kecewa

Yaya pun excited sama

Yaya khusyuk tengok...

Malam ini perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Kelantan dan N9. Aqil dan Yaya awal2 lagi dah bersiap sedia untuk menyaksikan perlawanan itu menerusi RTM 1. Aqil dan Yaya masing2 memakai pakaian berwarna merah.... penyokong Kelantan la katakan. Aqil amat excited tengok perlawanan itu. Setelah N9 menyumbat gol pertama Aqil macam frust je. Sehingga la N9 menyumbat gol yang ke-3. Aqil siap menangis sebab Kelantan kalah. Siap beritahu aku kalau Kelantan kalah mama kena belikan bagugan untuk Aqil. Tengok la aksi2 Aqil dan Yaya semasa menyaksikan perlawanan itu.

06 November 2009

Rehat aku balik rumah

Hari ni masa rehat aku balik ke rumah untuk mengajar Aqil subjek Sains dan Agama dari soalan yang Ila bagi pada aku. Yaya macam biase la nak ikut masa hantar Aqil ke sekolah dan kena beli ais krim sebelum hantar dia balik rumah, kalau tidak menangis nak ikut aku pergi keje. Semoga Aqil dapat menjawab soalan2 exam hari ini.

05 November 2009

Aqil exam hari ini

Mulai hari ini Khamis 5 Nov hingga Selasa 10 Nov 09 Aqil akan menghadapi exam akhir tahun. Aku doakan Aqil dapat menjawab soalan2 exam dengan baik dan betul. Semoga Aqil berjaya dengan cemerlang. Doa mama dan papa sentiasa mengiringi Aqil. Mama yakin Aqil akan berjaya sebab Aqil dah study tiap2 malam sejak sebulan ni. GOOD LUCK AQIL!!!

04 November 2009

Cupcake special for Aqil & Yaya

Hari ini sepupu aku dari Kulim datang iaitu Rini. Rini ni buat bisnes cupcake, kek and chocolate. Rini bawak cupcake ni khas untuk Aqil dan Yaya. Terima kasih daun keladi, lain kali kalau nak datang bawak la lagi, hehehe...

03 November 2009

Ma dah balik

Hari ni ma dan Azam balik. Kesian Aqil dan Yaya takde orang nak melayan. Kembali ke keadaan asal kami tinggal berempat. Takpa la lama2 biase laaa balik Aqil dan Yaya. Rehat aku pergi tengok rumah Ain di precint 17, ok jugak rumah tuuu... Ingat nak pergi bengkel kete untuk bawa kete aku nak suruh mekanik tengok sebab semalam bunyi semacam je tapi hari ni tak pulak. Mintak tolong abang Ain tengokkan, dia kata ok. Harap2 ye la. Tengok la sehari dua lagi kalau ada bunyi2 yang tak menyenangkan kena bawa ke bengkel balik.

02 November 2009

Cepat sungguh masa berlalu

Dah masuk bulan November, rasa cepat je sebulan ke sebulan dah nak hujung tahun. Apa yang aku buat yaaa... untuk tahun 2009 ni...???

Ahad

Hari Ahad aku tak ke mana2, dok rumah melayan Aqil dan Yaya, lagi pun ma dan Azam ada kat rumah. Ingat petang nak bawa mereka jalan2 kat Alamanda tapi hujan la pulak. Petang aku buat jemput2 pisang dan teh 'o' panas, best jugak makan masa hujan2. Sampai tak cukup jemput2 tu dan Aqil suruh aku buat lagi. Malam tengok tv dan berbual2 dengan ma. Aqil dan Yaya dok main dengan poksu mereka. Macam biase kami akan webcam dengan hubby di OZ.