Alhamdulillah cuaca dah semakin ok dan tak sejuk sangat sebab dah nak masuk spring. Bestnya kalau every day macam ni... kalau sebelum ni :
- terpaksa pakai baju dua tiga lapis dan tebal2, stokin dan sarung tangan, yang kadang2 membuatkan kite rasa rimas je, tapi sekarang tak perlu dah;
- kena pasang heater 24 jam, sekarang kurang pasang so jimat la elektrik... sini kos elektrik mahal cecah $300-400;
- asyik selsema je, tapi sekarang Aqil dan Yaya semakin ok dan jarang selsema... harap2 kesihatan kami sentiasa baik;
- menggigil2 semasa ambil air sembahyang, sekarang ok sikit...
- malas mandi, masa winter memang menjadi masalah besar kalau nak mandi sekarang semua dah rajin mandi, kalau sebelum ni Aqil dan Yaya siap menangis kalau suruh mandi;
- tunggu kain kering dijemuran sampai 2/3 hari, tetapi sekarang nak jemur kain pun best je sebab ada matahari, kalau sebelum ni nak kuar rumah pun malas sebab sejukkkkk...;
- cek ramalan cuaca dulu kalau nak lakukan xtvt outdoor, sekarang masa yang best untuk jalan2 tambah2 cuti sekolah dah bermula ni syoknya kalau dapat ke mana2...
Ni la peralatan penting yang dipakai masa nak tido selain dari selimut dan electric blanket. Kalau takde benda alah ni memang tak lena tido dibuatnya.
Sekarang dah terasa siang semakin panjang dari malam. Kadang2 cuaca sini tak boleh caye sangat... kejap ok kejap tak. Tapi kali ni harap2 memang betul2 spring la, dah tak tahan menanggung kesejukan.
No comments:
Post a Comment