Aqil dah start cuti sekolah untuk term 3 selama 2 minggu. Bagusnya di sini Aqil suka sangat ke sekolah compare masa sekolah di Bangi. Kalau ikut Aqil dia nak sekolah tiap2 hari dan tak nak cuti. Aqil cakap bosan dok rumah. Ni baru hari pertama cuti nak habiskan 2 minggu tak tahu la macam mana nanti. Bagi menghilangkan rasa bosan Aqil hari ni kami bawa Aqil dan Yaya ke library Campbelltown.
Asyik bergambar kat sini je... ialah ni sebelah pintu masuk, sebelum ni Aqil tak pernah bergambar lagi. Bila lagi nak bergambar untuk kenangan.
Bagusnya library ni sebab ada children's services iaitu storytime sessions, rhymetime sessions and toy library. Best jugak tengok aksi kanak2 dok dengar story. Aktiviti macam ni at least dapat menimbulkan rasa minat kanak2 untuk ke library.
Lepas mendengar cerita dan mewarna Aqil dan Yaya ke toy library pulak... Yaya kalau dah jumpa gelongsor susah la nak bergerak.
Ada macam2 jenis mainan yang boleh kanak2 main dan pinjam di sini. Tapi kebanyakannya mainan untuk budak2 kecik je, berumur 1 hingga 6 tahun. Kalau nak pinjam kena jadi membership dan bayaran dikenakan sebanyak $20 untuk setahun. Kami tak galakkan Aqil dan Yaya pinjam, risau nanti rosak atau Yaya taknak pulangkan. Mainan di rumah pun tak habis nak main. Setakat main di library ni je ok la.
Aqil tak tahu nak main apa sebab takde mainan yang sesuai untuk baya Aqil. Kalau ada pun tak menarik bagi Aqil.
Yaya nak baca buku jap... bukan story book tapi buku cara2 nak buat muffin. Memang minat betul Yaya kalau bab masak2 ni. Mama nak baca dia pun sibuk sama.
Kami dah mendaftar sebagai member di library ni. Lepas ni senang la nak pinjam buku, DVD, CD, magazine dan lain2.
Aktiviti hari ni ialah cara nak buat ais krim dengan kertas. Bukan main excited Aqil dan Yaya nak membuatnya.
No comments:
Post a Comment