23 September 2010

Majlis Aqiqah dan BBQ Raya

Hari ni kami ke majlis Aqiqah anak Afrah dan Safuan yang diadakan di Felixstow Park.

Tak tahu nak bawak apa... sempat buat puding karamel je...

Juadah utama ialah capati cicah kari kambing. Dengar cite kambing di sini murah harganya compare dengan harga di Malaysia. So sesiapa yang minat dan suka makan daging kambing tu boleh la makan puas2 sementara berada di bumi Adelaide ni. Aku memang tak suka kambing sebab ada bau hamis tu...

Juadah lain ialah ayam bakar...

Yang ni je sempat aku makan... sebab busy dok jaga Yaya main. Kalau orang lain biarkan je anak2 dia orang main sendirian. Aku memang jenis tak boleh sama ada aku atau hubby mesti kena tengok Yaya main sebab takut jatuh. Yaya ni pulak suka memanjat yang bukan2...

Safuan sedang bagi sedikit ucapan...

Antara tetamu yang hadir... ramai muka yang aku tak kenal. Kebanyakannya student undergrad. Masing2 siap bergaya dengan baju raya... nasib baik cuaca dah kurang sejuk.

Di sini tempat kaum adam menjamu selera. Bagus jugak diasingkan sebab tak sengan sikit nak makan. Satu lagi ada disediakan alas untuk duduk, so selesa la nak makan. Kalau sebelum2 ni merata nak cari tempat yang sesuai untuk makan, kalau takde tempat terpaksa la makan sambil berdiri.

Yaya kejap nak dok kat papa, kejap nak dok kat mama... memang tak reti dok diam.

Lari sana lari sini... takde geng dok main sorang2 dia je la. Kebanyakan tak datang lagi maybe anak2 sekolah dan masing2 busy kot.

Yaya pantang jumpa playground... asyik nak main je. Kite nak makan pun tak senang.

Ni second baby Afrah dan Safuan... baru lahir 8 hari je, namanya Sofea... Tahniah!. Afrah beritahu nama anaknya ni sama dengan nama bestfriendnya... Maybe kerana terlampau baik sangat sebab tu la dia namakan anaknya sama dengan nama kawannya tu. Bagusnya... kalau kawannya tahu mesti rasa bangga je...

Yaya memang suka tengok baby...

Thanks Afrah dan Safuan coz sudi jemput kami.


Jumpa Kak Rahimah masa di sini... Kak Imah baru balik makan angin di New Zealand. Syok dengar cite dia dapat pergi jalan2 di tempat yang cantik2 semasa bercuti di New Zealand. Kak Imah siap suggest lagi supaya aku dan famili pergi bercuti ke sana. Bila lagi dia kata time dok kat sini la, kalau dok Malaysia susah sikit sebab kos tinggi. InsyaAllah kalau ada rezeki kami dapat la ke sana.

1 comment: