12 September 2010

Malaysian Carnival 2010

Hari raya ke tiga kami ke Malaysian Carnival yang diadakan di Victoria Square. Karnival ini dianjurkan oleh pelajar2 Malaysia. Salah satu tujuan karnival ini diadakan adalah untuk menonjolkan budaya Malaysia kepada orang2 Adelaide. Karnival ini agak meriah dengan pelbagai acara di adakan seperti persembahan tarian Melayu, India & Cina, dikir barat, tarian Sarawak dan macam2 tarian lagi. Selain itu ada jualan makanan tradisi Malaysia, seperti sate, nasi lemak, laksa, roti jala, ayam percik, air cendol dan macam-macam lagi. Pertunjukan permainan tradisi pun ada seperti lompat getah dan congkak. Ada macam2 lagi program... tengok di gambar kat bawah la yeeeee...




Kami sampai dalam pukul 10.30, orang tak berapa ramai lagi.

Aqil sibuk dok main games dia, Yaya malu2 sebab orang ramai dia cakap.

Kalau tak silap masa ni call kawan2 just nak tanya dia orang dah sampai atau belum.

Wahhhhhh... bendera Malaysia pun ada... bangga je rasa.

Ini gerai menjual pakaian muslimah dari Indon.

Gerai buku Arfah... bagus la Arfah dan hubby dia dalam dok sibuk2 study dan sarat mengandung (due date Rabu 15 September) sempat lagi menjual buku. Kalau tak silap... hubby cakap dia ada kedai buku di sini.


Cara nak mengayam ketupat pun ada ditunjukkan...

Ini baju2 tradisi orang2 Malaysia... baju sapa la agaknya ni.

Lompat getah... teringat masa kecik2 suka main lompat getah ni.

Papaaaaaa... dok buat apa tu, nak belajar main congkak ke? nak tengok awek2 cun tu? he3...

Mat saleh ni nak belajar mengayam ketupat... boleh ke? aku sendiri pun tak reti. Pernah cuba tapi tetap tak menjadi.

Congkak pun pernah main... rasanya ada di rumah kat kampung. Sekarang mana ada dah orang nak main congkak ni, asyik dok layan internet je...

Tarian zapin lagu Siti Nurhaliza, rindu pulak pada lagu2 Datuk CT kite.

Persembahan dikir barat... macam tak best je, tapi daripada takde baik layan je la...

Orang semakin ramai... dah tak nampak nak tengok sambil duduk atas padang ni, kena cari tempat lain ni...

Antara tetamu kehormat... masing2 asyik dok tengok persembahan, faham ke dia orang ni?

Pertunjukan masakan roti canai oleh Master Chef Poh, beliau orang Malaysia yang memenangi tempat kedua program terkenal Ausralian Master Chef last year. Hebatnya dia kan... sampai ke Australia memasak.

Baru nak mula... tak boleh nak tengok dekat2 pun sebab Yaya tak bagi. Suruh layan dia je...

Mak aiiiiiiii... panjang betul barisan orang nak beli makanan... memang untung sesiapa yang berniaga hari ni... tak sedap pun orang akan beli. Kami cadang nak beli nasi lemak, laksa, sate dan macam2 lagi tapi tak boleh sebab orang ramai sangat. Tak nampak makanan pun... takpa lah nak makan balik masak sendiri la.

Ni gerai Alin & Ayu... bukan main lagi, sambil dukung anak pun bisnes jalan. Dia orang jual ayam percik, samosa, tau fu fa dan ada dua tiga jenis lagi. Semoga larissssssss...

Yaya makan tau fu fa sambil diperhatikan oleh Ryan (anak Gina)... Yaya tak sabar2 nak tunggu balik rumah. Kesian anak mama lapar yeee...

Minum air cendol dan cincau... hubby beli masa kami mula2 sampai, 1/2 jam baru dapat...

Antara yang kami jumpa masa kat sini Gina & famili, Kak Ina & Kak Liza.

Aiyu Man

Ini Kak Z... first time jumpa. Dia baru sebulan di Adelaide.

Haiza, Azidi & Umar pun datang jugak... Haiza ada ajak join dia berniaga di sini tapi kami nak tengok suasana/keadaan dulu tahun ni. Kalau ada rezeki tahun depan kite berniaga ye Haiza?

Aqil dan Yaya seronok la jumpa ramai kawan2 di sini.

Borak pasal... garage sale, corelle, ikan dan macam2 lagi. Topik orang perempuan atau lebih tepat fulltime housewife.

Masa dalam perjalanan ke tempat parking kete kami sempat bergambar di sekitar Victoria Square.


Jumpa Nani with her hubby... apa lagi bergambar la.

Hubby & Sufian hubby Nani.

Sejuknyaaaaaaaa....

Smileeeeeee...

Jumpa pulak kawasan yang ada bunga2 yang cantik... apa lagi bergambar lagiiiii... posing maut nampak abang, macam hero Hindustan je...he3

Yaya memang pantang jumpa bunga sebelum ni... apa lagi hari ni jumpa bunga2 yang cantik mood nak bergambar automatik terus ok je... comeyyyyyyy...

Mama & abang pun nak posing jugak...

Cantik bunga ni... entah apa namanya.

Ini la aktiviti beraya kami di Adeaide untuk hari ke3, huhuuuuuu... esok dah tak raya. Semua busy dengan study dan tugas masing2. Kejapnya masa berlaluuuuuuu...

No comments:

Post a Comment