Suasana raya di tempat sendiri mesti lebih meriah compare dengan negara orang. Terasa rindu pulak suasana beraya di kampung. Kalau di kampung selepas sembahyang raya... kami saling bermaaf2an antara ahli keluarga, terutamanya memohon maaf kepada hubby, ma, abah dan adik2 beradik yang lain.
Selepas tu yang paling tak boleh dikecualikan... kena bagi duit raya kepada anak2 sendiri dan anak2 sedara. Masing2 beratur nak duit raya... seronok je semua sebab dapat duit raya daripada mak2 dan bapa2 saudara. Yang paling dia orang seronok kalau Pak Long bagi duit raya... sebab Pak Long bagi banyak... biasenya RM50 seorang. Kalau la mak2 dan bapa2 pun dapat jugak mesti best he3...
Sesi bergambar perkara wajib dilakukan... sebagai kenangan kami beraya.
Selepas semua settle waktu kami menjamu selera pulak... kalau di kampung aneka juadah disediakan. itu tak termasuk makanan yang jiran2 bagi. Memang makan tak ingat dunia... huhuuu... bestnya ketupat, lontong, lemang, tart jem, bahulu dan macam2 lagi.
Selepas itu kami biasenya konvoi beraya ke rumah sanak-saudara. Biasenya kami pulang ke kampung ma dan kampung arwah abah. Raya ke dua ke rumah makcik Inun (mak sedara paling rapat) dan mak2 sedara yang lain.
Suasana beraya di Adelaide amat berbeza dengan tempat sendiri. Lepas sembahyang kami terus berkumpul di taman2 atau padang. Kalau di Malaysia mesti meriah... di Malaysia biasenya sebulan beraya. Lepas balik dari kampung beraya pulak di Bangi, sana sini ada jemputan open house. Kadang2 ada yang tak sempat pergi. Itu tak termasuk lagi beraya di ofis, beraya dengan PM, jemputan raya kawan2, jemputan raya oleh company2 yang dapat pinjaman dengan MOF dan macam2 lagi la... huhuuuuuu... syoknya raya di negara sendiri.
No comments:
Post a Comment