26 September 2010

Morialta Conservation Park

Sebelum pergi beraya di rumah Kak As kami ke Morialta Conservation Park. Asalnya member hubby Wawi yang beritahu kami tempat ni. Kebetulan park ni satu jalan dengan rumah Kak As jadi hubby ajak kami ke sini dulu. Lagi pun cuaca hari ni elok je. Ramai jugak orang yang datang di park ni termasuk la orang2 OZ, tak kira tua muda mau pun yang cacat. Park ni tak la cantik mana, memang semulajadi sebab takde pun taman2 buatan atau sebarang pembinaan di sini kecuali jambatan dan tangga kayu. Kami nak ke first waterfall yang mengambil masa 20 minit dan jaraknya lebih kurang 200 m. Larat ke kami nak berjalan ni?


Sepanjang jalan dipenuhi pokok2 dan lalang.

Aqil dan Yaya memang bersemangat nak berjalan lepas hubby beritahu ada air terjun. Siap cakap nak mandi.

Ada alur sungai... Yaya nampak je sungai terus je excited nak tengok ikan, mana ada ikan dalam sungai tu. Ikan pun takut nak hidup dalam sungai ni sebab sejuk sangat.

Bunga2 lalang penuh sepanjang jalan, nasib baik Yaya tak nak pulak berhenti kutip bunga2 ni. Kalau tidak lambat lagi la nak sampai.

Macam tak kena je aku masuk hutan pakai blouse macam ni... tapi nak buat macam mana lepas ni nak pergi beraya pulak. Lantak la... mat salleh pun bukan jenis peduli pasal orang.

Ni hubby punya keje la ni... siap suruh kami beratur di tiang2 tu... ikut je laaa... Nasib baik anak baru 2 kalau 1o... tidak ke sampai nun jauh di sanaaaaaaaaa... tak larat nak menyusunnya nanti he3...

Nak bincang apa dua beradik ni...

Dalam perjalanan nak ke waterfall ternampak koala bear. Dok diam je atas pokok tu, tak gerak geri.

Penat berjalan... bergambar2 dulu kat sini.

Sambung lagi berjalan... Aqil tanya "bila nak sampai tempat air terjun ni mama?"...

Yaya pun tak sabar2 nak tengok air terjun... nampak sungai pun dah excited. Kalau nampak air terjun nanti tak tahu la macam mana. Yaya first time datang tempat2 macam ni. Aqil dah biase masa di kampung selalu ikut Pak Long ke Jeram Linang.

Jumpa koala lagiiiiiii... asyik tido jeeeeeee...

Letih la mama!!! memang jauh berjalan...

Macam gaung je... gerun jugak nengoknya.

Tiba la kami di sini... nak kena panjant gua la pulak... dah la tinggi. Aku memang sejak zaman belajar tak minat aktiviti masuk hutan atau panjant2 gunung ni. Tapi demi Yaya mama gagahkan juga.

Aqil dah sampai, siap kena pimpin lagi...

Pandangan dari atas.

Mama dan Yaya baru sampai... huhuuuu... lenguh jugak rasa kaki walaupun tak tinggi sangat. Maklum la lama dah tak mendaki ni.

Gua ni kecik je... ingatkan besarrrrrr...

Berhenti lelah kejap sebelum turun...

Yaya takut nak turun... siap kena dukung. Licin pasir, risau jugak takut jatuh.

Yeyeeeeee... akhirnya baru nampak signboard. Kami hampir sampai di first waterfall. Kalau ikutkan ada 3 waterfall, yang lain tak payah pergi la, yang satu ni pun tak larat dah nak berjalan.

Penatnyaaaaa... berhenti bergambar jap.

Yaya dah tak daya nak berjalan... mula nak berdukung. Letihnya mama rasa...

Akhirnya nampak la waterfallnya... ingatkan besar. Secoit je besarnya......tak berbaloi jalan jauh2. Mat salleh bukan main hepi siap ada yang mandi manda lagi. Takpa la alang2 datang kena la sampai sini. Sekali je datang sini... takde dah nak datang dua tiga kali.

Aqil dan Yaya tak sabar nak turun nak main air... kalau boleh Aqil dan Yaya nak mandi. Kalau tahan sejuk boleh la...

Terasa jugak penat berjalan tapi dengan cuaca dingin rasa nyaman je...

Sejuk la air ni...

Macam menggigil je Yaya... tahu pun sejuk tapi berkeras jugak nak main air dan siap tanya "mama ada bawak baju Yaya tak? Yaya nak mandi laaa...". Pegang air sikit pun dah kesejukan, ini pulak nak mandi. Tengok mat salleh mandi selamba je...

Nanti balik Malaysia kite ajak papa pergi Water Park atau Sunway Lagoon ye... boleh mandi puas2, sini sejuk la Yaya

Jalan jauh2 dapat pegang air pun takpa la...

Nak balik dah...

Huhuuuuuuu... jalan balik pulak...

Cepat Yaya kite lumba sapa menang..

Sunyi je sini... kalau jalan sorang2 kecut perut jugak, tapi aku tengok mat salleh biase je jalan sendirian tambah2 yang pompuan dah la cantik2 & ceci2... kalau di Malaysia risau dibuatnya tapi di sini dia orang tak pelik sebab selamat... lagi pun orang2 OZ ni jenis buat hal masing2 kot...

Sebelum balik singgah tengok koala... dah bangun pun koala ni... dia dok makan daun.

Yaya dah taknak jalan... cian anak mama dah letih.

Walaupun penat berjalan sebenarnya best jugak. Ada la pengalaman kalau orang tanya. Tapi lepas ni taknak dah datang sini. Bukannya apa sebab penat berjalan je. Tapi bagi orang yang minat tempat2 macam ni boleh la datang dan pergi ke tiga2 waterfall tu dan mendaki kawasan2 bukit yang ada. Bagi kami cukup la just pergi first waterfall je...

No comments:

Post a Comment