12 September 2010

Kunjung-mengunjung

Raya kedua kami pergi beraya ke rumah kawan2 yang menjemput kami. Di sini kite tak boleh pergi macam tu je rumah orang untuk beraya macam di Malaysia. Kalau dijemput baru boleh pergi. Rumah pertama kami pergi ialah rumah Haiza Azidi jiran terdekat kami.

Ini la tuan rumahnya Haiza, Azidi dan anak mereka Umar. Aqil dan Yaya tak sabar2 nak beraya di rumah Umar sebab nak bermain dengan Umar.

Juadah yang disediakan ialah nasi tomato dan yang paling best ada biskut Almond London & tart jam yang dipos oleh datuk Umar dari Bangi. Merasa jugak nak makan biskut raya.



Ini Aida wife Alif...

Selepas itu kami ke rumah Aiyu pulak. Dalam perjalanan ternampak signboard GARAGE SALE... apa lagi singgap la kejap. Dapat la beberapa barang yang menarik. Aqil dan Yaya dapat banyak mainan. Hehehe... raya2 pun sempat lagi singgah ke GARAGE SALE. Memang hantu GARAGE SALE betulllll.... Orang yang ada di situ macam pelik pulak tengok aku pakai baju kurung. Lantak la peduli apa.

Aiyu celebrate besday anak tunggalnya Ukail yang berumur 2 tahun... HEPI BESDAY Ukail. Tak bawak hadiah pun just bagi duit je.


Masing2 tak sabar nak tengok besday boy potong kek. Yaya orang paling suka kalau bab2 kek besday ni.

Selepas beraya di rumah Aiyu kami beraya di rumah Gina & Kairizan pulak. Mereka ni berjiran dengan Aiyu. Ramai2 kenalan di sini dengan Gina la aku paling rapat dan selalu bertanya kaba masing2. Anak2 kami pun satu sekolah di sini. Syabas pada Gina sebab berjaya masak nasi beriani. InsyaAllah balik Malaysia lepas ni mesti ramai yang terkejut sebab Gina dah hebat memasak. Untung jugak tinggal di negara orang kan Gina? at least Gina dah pandai memasak. Sebelum ni pun Gina mesti pandai memasak cuma takde masa sebab busy dengan keje.

Balik dari beraya, Ayu Hairol dan famili datang beraya di rumah kami. Sory la Ayu tinggal makanan kering je yang ada.

Malam kami akan ke Majlis Beraya bersama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia pulak.

No comments:

Post a Comment