Betullah kata orang yang pernah buat PhD... sesiapa yang berhajat membuat PhD kenalah bersiap sedia dengan cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi. Tambah2 lagi bagi mereka yang telah membuat keputusan untuk mengejar PhD jauh di perantauan. PhD bukan la sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi. Cabaran dan dugaan bukan setakat dengan pengajian, malah dengan supervisor, kawan2, persekitaran... dan yang paling banyak rasanya dengan keluarga terutamanya isteri dan anak2. Malah ada yang lebih dari itu.
Bagi suami terpaksa bijak membahagikan masa pengajian dan masa bersama keluarga terutama isteri dan anak2. Bagi isteri yang belajar lagi la... huhuuu... kalau aku tak tahu la sanggup ke tidak. Boleh kot... tapi kena tunggu anak besar2 sikit. Boleh ke?. Berbeza dengan mereka yang belum berkahwin, boleh lakukan apa sahaja yang berkaitan dengan pengajian mereka tanpa memikirkan masalah berkeluarga ini kecuali kalau ada masalah lain seperti masalah kewangan, masalah kesihatan dan masalah peribadi yang dicipta sendiri hehehe... rasanya ada, bukan je di peringkat PhD, mana2 peringkat pengajian pun ada.
Tapi bagi Abang Din masa yang ditunggu2 tiba jugak... setelah hampir 6 tahun bertungkus-lumus dan berperang dengan pengajian PhD akhirnya Abang Din berjaya jugak mengenggam dan mendapatkan status Dr. Mesti mak dan ayah Abang Din bangga sangat dapat anak macam Abang Din... berusaha sehingga betul2 mendapat apa yang diinginkan, ayah Abang Din pun ada cakap masa di rumah kami, Abang Din memang seorang yang kuat semangat dan rajin berusaha.
Nini pun sama... mesti bangga dengan Abang Din sebab walaupun sibuk belajar, isteri dan anak2 tidak diabaikan.
No comments:
Post a Comment