03 March 2011

Tempat kami berteduh...

Selepas bermalam beberapa hari di rumah Eg di Shah Alam kami tinggal di rumah tamu UKM. Rumah tamu ini agak selesa dan bayaran pun tak la mahal sangat just RM60 sehari (yang telah direnovate) dan ada yang RM40 sehari. Kira ok la, Masa awal2 kami balik kami stay di sini lebih kurang seminggu dan dekat kami nak datang ke Adelaide kami tinggal di sini lebih kurang 10 hari. Kami tinggal di sini sebab senang hubby nak buat keje2nya, semuanya dekat2.

Ruang depan yang agak sempit... tapi kira ok la untuk kami 4 beranak. Aqil dan Yaya suka dok sini... siap cakap macam dok hotel je. Ye la... yang penting bagi mama ada line internet free hehehe...

Ofis tempat check in. Tak sangka pulak boleh jumpa Kak Nor yang sebelum ini bekerja di Kamsis Z tempat aku tinggal masa zaman belajar di UKM dulu. Sekarang Kak Nor ditugaskan di sini. Tak sangka Kak Nor masih ingat aku walaupun dah lama kami tak jumpa.

Bilik tido yang selesa untuk kami 4 beranak...


Ruang dapur... di sini kami tak dibenarkan memasak dan dapur memang tak disediakan. Dok di Malaysia tak kisah walaupun tak boleh masak sebab senang nak cari makan. Boleh makan di luar atau beli makanan dan makan di sini. Memang selesa dok di sini...

No comments:

Post a Comment